|
Seorang CEO syarikat teknologi telah dirakam berpelukan dengan rakan sekerja dan imej mereka dipaparkan di Jumbotron semasa konsert Coldplay. Hal ini menyebabkan kedua-duanya melarikan diri dalam keadaan malu dan mencetuskan dakwaan berlaku kecurangan. Rakaman yang tular semalam di media sosial menunjukkan CEO Astronomer, Andy Byron, dan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya, Kristin Cabot, melatah kekok apabila imej mereka terpampang di ‘kiss cam’ sambil berpelukan semasa konsert kumpulan itu di Boston pada malam Rabu. Dalam klip yang dikongsi di TikTok oleh pengguna @instaagrace, vokalis Coldplay, Chris Martin, kedengaran berkata, “Oh, lihatlah dua orang ini” ketika kamera menyorot ke arah Byron dan Cabot.
Byron, yang pada ketika itu sedang memeluk Cabot, segera melepaskan pelukannya apabila rakan sekerjanya itu menekup muka dengan tangan, manakala dia pula mencangkung, cuba menyorok daripada kamera. “Oh, apa… sama ada mereka menjalin hubungan sulit atau mereka hanya sangat pemalu,” seloroh Martin apabila pasangan itu melarikan diri dari tempat mereka berdiri. Memetik Independent, Byron telah menjadi CEO Astronomer, sebuah platform pengurusan data yang berpangkalan di New York City sejak 2023. Syarikat itu “memperkasakan pasukan data untuk merealisasikan analitik kritikal, AI, dan perisian,” menurut halaman LinkedIn syarikat. Sementara itu, Cabot menyertai pasukan itu sembilan bulan lalu, menurut LinkedIn beliau. Beliau juga didakwa telah memadamkan nama keluarga keduanya, Thornby, yang sebelum ini diletakkan dalam kurungan di media sosialnya, menurut laporan The Sun, yang mula-mula melaporkan video tersebut. Susulan itu,netizen dunia yang sudah menonton video itu meluahkan betapa puasnya hati melihat kebenaran terbongkar dengan cara yang tidak disangkakan di dalam konsert yang gah itu. Sumber : The Vocket |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.130687 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.