|
SEORANG pekerja wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendapati wang sumbangannya untuk membeli hadiah hari jadi majikan digunakan untuk membeli minuman keras. Wanita berkenaan mendakwa para pekerja diminta memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM30 seorang bagi membeli hadiah berkenaan. Jelasnya, semua pekerja tidak dimaklumkan lebih awal bahawa hadiah yang ingin dibeli adalah arak. "Hadiah hari jadi ni kepada 'big boss', kena kumpul minimum RM30 seorang. "Hujung tengok-tengok beli hadiah hari jadi arak dengan harga RM11,000. "Saya rasa bersalah sebab dah menyumbang," luahnya di media sosial. Menurutnya, walaupun pemilik syarikat bukam Muslim, majikan seharusnya lebih sensitif terhadap pekerja beragama Islam. “Ya, memang syarikat bukan Islam. Tapi sebagai majikan, hormatilah sensitiviti pekerja Muslim juga.
"Asasnya mereka perlu ada common sense,” katanya. Lebih mengecewakannya, tiada perbincangan atau persetujuan awal berkenaan jenis hadiah yang bakal dibeli, malah pekerja hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat. Dalam pada itu netizen berkata sebagai pekerja, wanita itu seharusnya bersuara kerana mungkin majikannya tidak menyedari isu berkenaan. "Cuba slow talk, cakap awak tak boleh terlibat dengan beli arak tu. Bagi cadangan suruh beli hadiah lain. "Tahun depan cuba berkeras tak nak bayar, kecuali beli hadiah jenis lain. "Benda melibatkan agama ni sangat sensitif. Common sense pun perlu ada," antara komen warga maya. Sumber: mStar |

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.771491 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.