CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 951|Reply: 3

Staf terkilan wang sumbangan hadiah hari jadi bos diguna beli arak harga 11K, seorang kena bayar minimum RM30

[Copy link]
Post time 11-7-2025 12:06 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG pekerja wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendapati wang sumbangannya untuk membeli hadiah hari jadi majikan digunakan untuk membeli minuman keras.


Wanita berkenaan mendakwa para pekerja diminta memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM30 seorang bagi membeli hadiah berkenaan.


Jelasnya, semua pekerja tidak dimaklumkan lebih awal bahawa hadiah yang ingin dibeli adalah arak.


"Hadiah hari jadi ni kepada 'big boss', kena kumpul minimum RM30 seorang.


"Hujung tengok-tengok beli hadiah hari jadi arak dengan harga RM11,000.


"Saya rasa bersalah sebab dah menyumbang," luahnya di media sosial.


Menurutnya, walaupun pemilik syarikat bukam Muslim, majikan seharusnya lebih sensitif terhadap pekerja beragama Islam.


“Ya, memang syarikat bukan Islam. Tapi sebagai majikan, hormatilah sensitiviti pekerja Muslim juga.


"Asasnya mereka perlu ada common sense,” katanya.


Lebih mengecewakannya, tiada perbincangan atau persetujuan awal berkenaan jenis hadiah yang bakal dibeli, malah pekerja hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat.


Dalam pada itu netizen berkata sebagai pekerja, wanita itu seharusnya bersuara kerana mungkin majikannya tidak menyedari isu berkenaan.


"Cuba slow talk, cakap awak tak boleh terlibat dengan beli arak tu. Bagi cadangan suruh beli hadiah lain.


"Tahun depan cuba berkeras tak nak bayar, kecuali beli hadiah jenis lain.


"Benda melibatkan agama ni sangat sensitif. Common sense pun perlu ada," antara komen warga maya.


Sumber:  mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2025 12:31 AM | Show all posts
noh, cam company lama iols. tapi bukan arak la. vacation diorang ja

dek kerana inflasi, cukai, kenaikan gaji dan segala alasan ntah apa-apa diorang bagi. sedangkan untung tiap bulan tiap tahun stabil dan naik ja, pekerja punya benefits ada yang kena cantas. bonus2 pun yilek. memang keje harapkan gaji semata, itupun dia cukur sikit-sikit

annual dinner? annual company trip? takde. ko makan la nugget potluck dengan belon 2 ketul sumbangan bos kat pantry tu

tapi tiap tahun, upper management nak annual trip, annual dinner, kita kena cukai duit gaji, bagi kat diorang happy happy. macam celaka
kesudahannya, apa nak ditunggu lagi? kesetiaan kepada syarikat? persetankan. kita jadi hamba je. ramai la angkat kaki. yang tinggal orang lama 2-3 je. bangga dan mereput dengan title super senior kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya harga air kencing setan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 12:47 PM | Show all posts
patutnya staff yg ambil duit tu bagitahu, hadiah apa yang dia orang nak beli, ni tak dibagitahu, memang tak patutlah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.597471 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list