|
MENETAP di kawasan perumahan kos rendah bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan individu, terutamanya apabila berdepan dengan pelbagai kerenah jiran. Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang individu dipercayai wanita terpanggil berkongsi pengalamannya tinggal di kawasan flat yang rata-ratanya dihuni golongan B40. "Saya bergaji RM7,000 sebulan tapi tinggal di area flat B40. Semua isu mentaliti B40 dah terkena. Sabar punya sabar, hasilnya kena pijak. "Umur dah 40an baru faham menteri kata punca miskin sebab malas. 100 peratus betul. Hanya 0.001 peratus yang miskin sebab sakit, accident, dikhianati, ditindas dan sebagainya. "Yang lain, duit tak ada tapi pakai iPhone, hutang banyak cari ah long, hidup macam tak ada undang-undang. Dah sesak, mulalah drama tak ada pihak datang tolong," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Ujarnya, biarpun bertahun-tahun 'menghadap' kejiranan yang penuh dengan sikap negatif, dia memilih untuk bersabar dan membuat hal sendiri, sehinggalah berlaku satu insiden salah faham dengan jiran satu aras. "Unit saya tepi sekali, ada koridor dan unit mereka tengah, penuh kerusi meja. "Banyak hal... kacau unit saya seperti anak-anak mereka main bising-bising, tendang rumah saya, masak ketum, main mercun, susun pasu, bagi makan kucing dan macam-macam lagi. "Saya hanya pekakkan telinga dan butakan mata selama 15 tahun," kongsinya. Yang terbaru termasuk percubaan untuk memecahkan tingkap dan mencabar saya. - PENGADU Namun disebabkan terlalu lama bersabar, ujarnya, dia mengambil tindakan mengalihkan barangan jiran yang memenuhi koridor. Tanpa disangka, tindakan tersebut menaikkan kemarahan jiran berkenaan dan mula melakukan gangguan bertujuan untuk menggertaknya. "Yang terbaru termasuk percubaan untuk memecahkan tingkap dan mencabar saya. Amaran tenyeh muka dan pecah kepala seperti nak gaduh," ujarnya sambil menambah, dia kemudian bertindak membuat laporan polis demi keselamatannya. Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan sama ada mahu terus menetap atau berpindah dari kawasan tersebut. Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman serupa malah ada yang lebih teruk ketika menghuni kawasan kejiranan sepertinya. Dalam pada itu, tidak kurang juga ada netizen menyarankan dia supaya berpindah demi keselamatan diri dan kesihatan mental. Sumber : mStar |


Thunderclouds replied at 1-7-2025 09:16 AM
Mmg nk kna highlight gaji 7k yer. Sah spesis sangap pakai H tp dok pprt
mrsLucky replied at 1-7-2025 09:12 AM
pindah lah...
I pernah visit my friend kattflat pprt. I terkejut keadaannya. Tulisan grafiti di dind ...


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.118869 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.