|
RAMAI orang mengimpikan berat badan ideal kerana ia bukan sahaja menonjolkan penampilan menarik, tetapi juga mencerminkan tahap kesihatan yang baik. Di TikTok, seorang pemuda menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kaedah yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram (kg). Menurut pemuda dikenali sebagai Kulkasakash itu, dia sebelum ini memiliki berat badan 110kg. Dengan menggunakan kaedah IF 12:12 (Intermittent Fasting 12:12), beratnya kini sudah turun kepada 70kg. Kaedah IF 12:12 merupakan satu bentuk puasa berkala yang mana seseorang berpuasa selama 12 jam dan makan dalam tempoh 12 jam berikutnya setiap hari. Berikut merupakan jadual harian pemuda itu: 6 pagi: Minum air putih selepas bangun tidur, jangan terus bersarapan. 8 pagi: Boleh ambil sarapan, bebas makanan apa tapi ambil dalam kuantiti secukupnya sahaja. 11.30 pagi: Minum teh hijau 1 tengah hari: Makan tengah hari (nasi, lauk dan sayur) 3 petang: Ambil snek (buah-buahan). 7 petang: Makan malam (sandwich roti dan telur serta salad) 8 malam: Minum teh hijau sekali lagi. Dalam hantaran tular di TikTok, pemuda Indonesia itu turut berpesan kepada orang ramai agar melakukan senaman empat kali seminggu. Jelasnya, diet sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia perlu disusuli dengan senaman yang konsisten. Dalam hantaran sama, dia turut menekankan kepentingan mengambil teh hijau untuk membantu menahan nafsu makan. Sumber : mStar |
Dalam hantaran tular di TikTok, pemuda Indonesia itu turut berpesan kepada orang ramai agar melakukan senaman empat kali seminggu.
KamikuP replied at 24-6-2025 07:19 AM
Lebih kurang sama je mcm diet meolls tapi kenapa meolls gundu? ekekekekek
Oh ye.. meolls malas ekses ...
KamikuP replied at 24-6-2025 03:19 PM
Lebih kurang sama je mcm diet meolls tapi kenapa meolls gundu? ekekekekek
Oh ye.. meolls malas ekses ...
naina replied at 24-6-2025 09:18 AM
Teh hijau brand apa paling bagus utk turunkan berat ya? Minum tanpa gula is pahit payau la.
punchup: Aku mmg minum teh hijau malam. ...
punchup replied at 24-6-2025 06:48 PM
Aku mmg minum teh hijau malam...segelas je lah tiap2 malam...aku suka Ahmad green tea...pernah try B ...
mzzenma replied at 24-6-2025 07:01 PM
Meolls every weekday mmg accidental if sbb tak sempat bekpes, keje banyak sgt. Dalam pukul 11,12 bar ...
aina_shaira replied at 24-6-2025 07:15 PM
Uols lunch time dekat opis pukul 11 pagi ke
mzzenma replied at 24-6-2025 07:01 PM
Meolls every weekday mmg accidental if sbb tak sempat bekpes, keje banyak sgt. Dalam pukul 11,12 bar ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.532408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.