|
MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Kaherah, Mesir bulan depan terpaksa ditangguhkan saat akhir apabila pengantin perempuan tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS). Pasangan pelarian dari Sudan ini, Mohamed Abdo, 44, dan tunangnya, Hana Abdalaziz, 34, masing-masing tinggal di dua benua berbeza selepas melarikan diri akibat konflik di negara asal mereka. Abdo kini menetap di Virginia, AS, manakala Hana hidup sebagai pelarian di Kaherah. Mereka diperkenalkan oleh saudara terdekat pada tahun lalu dan mula mengenali hati budi masing-masing melalui panggilan video di aplikasi WhatsApp. Mereka menjalinkan hubungan jarak jauh, terpisah sejauh lebih 10,000 kilometer tetapi merancang untuk 'bersatu' dengan berkahwin serta memulakan hidup baharu di AS. Beberapa bulan selepas berkenalan, Abdo yang mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik mengambil keputusan untuk melamar Hana dengan mengirimkan cincin kepadanya.
Malah, satu majlis kecil pertunangan diadakan bersama keluarga Hana sebagai tanda rasmi ikatan mereka. Segala persiapan majlis perkahwinan termasuk tiket penerbangan ke AS, jemputan serta dokumen perpindahan sudah diuruskan. Namun impian itu terhenti apabila Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan perjalanan melibatkan 12 negara, termasuk Sudan. Meskipun Abdo yang memiliki kad hijau masih dibenarkan keluar masuk AS, sekatan tersebut tidak memberi kelonggaran kepada Hana. Mereka juga bimbang sekiranya Abdo ke Mesir, dia mungkin tidak dibenarkan kembali ke AS. Atas faktor itu, mereka terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan dan meneruskan kehidupan secara berjauhan. -The Washington Post Sumber :– mStar |
Decaffeinated replied at 17-6-2025 05:18 PM
Kutuk2 Amerika pun bila negara sendiri kucar-kacir situ juga yang dihadap.
SalenaGomez replied at 17-6-2025 05:30 PM
Kalau pantin pempuan pegi negara yg x kena sanction, dan dari situ pegi ke us, x boleh kah?? Atau bo ...
Decaffeinated: Kutuk2 Amerika pun bila negara ...
B40tastePosh replied at 17-6-2025 07:20 PM
Memang patut pun Amerika kutip pelarian pelarian tu semua...punca perang semua dari Amerika....ko ...

nusaraya replied at 17-6-2025 07:39 PM
Mengapa MalayDesh X mengambil alih case ini dengan menerima pasangan ini pindah dan menetap di Mal ...

Decaffeinated replied at 17-6-2025 05:41 PM
Kalau Trump tu bodoh boleh kot buat gitu.

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.338962 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.