Oleh : TS LOO
Tsai Ing-wen dari parti pembangkang utama Taiwan, DPP, akan menjadi presiden wanita pertama negara kepulauan itu selepas pemerintah Kuomintang (KMT) mengaku kalah dalam pilihan raya hari ini, ketika pengundi menolak hubungan rapat dengan China. Undian masih dikira, namun keputusan daripada stesen pengundian yang disiarkan secara langsung menunjukkan Tsai memperoleh kejayaan besar, dengan kira-kira 60 peratus undi berbanding 30 peratus untuk Chu. Chu tunduk di hadapan penyokong yang kecewa sebagai tanda maaf serta mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi parti.
"Kami mahu mengucapkan tahniah atas kejayaan DPP, ini adalah mandat rakyat Taiwan. Rakyat Taiwan adalah pemenang terbesar." katanya.- CARI infonet sumber berita : AFP
|
ADVERTISEMENT