CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Cantik sangat, wanita disangka AI

23-5-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4915| Komen: 36|Original author: Raline


1.png


Beijing: Seorang pengantin wanita dari etnik Hui di China menjadi tular selepas kecantikannya luar biasa membuatkan ramai netizen menyangka dia hanyalah imej ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).

South China Morning Post (SCMP) melaporkan rakaman video perkahwinan yang berlangsung pada April lalu di wilayah Gansu, barat laut China, mencuri tumpuan ramai selepas dimuat naik jurugambar majlis berkenaan ke media sosial.

Dalam video berkenaan, pengantin wanita berusia 25 tahun itu tampil memakai selendang putih yang menutup rambut, telinga, leher dan bahu – pakaian tradisional yang dikaitkan dengan etnik Hui, sebuah komuniti Muslim di China.

Kecantikannya yang anggun membuatkan ramai penonton terpukau, malah ada yang bertanya sama ada wajahnya benar-benar wujud atau sekadar hasil grafik AI.

Namun jurugambar perkahwinan itu tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pengantin itu adalah individu sebenar.

Katanya, masyarakat Hui secara tradisinya menolak prosedur kosmetik buatan, dan dia turut memuji kecantikan semula jadi wanita dalam keluarga pengantin berkenaan.

Tambah jurugambar itu lagi, pengantin wanita berkenaan jarang memakai solekan kerana lebih mementingkan kecantikan dalaman.

Nama pengantin tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, sebahagian pengguna internet yang tidak biasa dengan budaya etnik minoriti di China mula mengenali pakaian tradisional mereka menerusi video tular seperti ini.

Etnik Hui yang berjumlah kira-kira 11.4 juta orang dalam bancian 2020 adalah kumpulan etnik keempat terbesar di China selepas Han, Zhuang dan Uygur.

Mereka tinggal secara meluas di seluruh negara, terutama di wilayah barat laut dan tengah seperti Ningxia, Gansu dan Shaanxi.

Ningxia juga menjadi wilayah autonomi khas bagi etnik Hui.

Menurut catatan sejarah, istilah "Hui" berasal daripada "Huihui", gelaran kepada masyarakat Uygur yang tinggal di Barat China sekitar zaman Dinasti Song Utara (960–1127).

Ketika Dinasti Yuan (1279–1368), golongan Muslim dari Asia Tengah dan wilayah Barat yang berhijrah ke China juga dirujuk sebagai "Huihui".

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 22-5-2025 11:12 PM
Cantiknya. Macam anak patung.

Teringin nak tgk muka tanpa solekan. Senang cakap, muka bangun pagi2. Tu lah waktu nak tgk muka sebenar seseorang.
Quote Orenn1 23-5-2025 05:44 AM
Mcm ni cantik ke, mekap punya tebal, mcm bancuh simen lps tu plaster dinding sampai tak nmpk dah rupa asal dinding tu yg bentuk bata2 semua. Mcm ni lah pompuan ni, klu basuh mekap muka lain tu. Nasib baik aku dah tak pakai mekap dah skrg ni. Dulu pun pakai nipis je takdelah mcm ni. Jenis yg pakai mekap tebal2 ni mmg menipu sgt. Huh
Quote Samerosie 23-5-2025 06:53 AM
Putih mcm ni lah pujaan waniter pantai timo... Putih tak berdarah.
Quote acikonion 23-5-2025 07:07 AM
Rasanya etnik ni mmg antara yg lawa2 banding kt tanah besar tu
Quote menjad 23-5-2025 07:33 AM
muka biasa kpop...kira comey lah tuh
Quote shernazz 23-5-2025 08:19 AM
Mcm.shila.amzah versi putih mcm.plaster siling
Quote MoonRise 23-5-2025 08:24 AM
Edited by MoonRise at 23-5-2025 08:26 AM

Orang cakap bangsa Uygur kebanyakkannya memang cantik.
Contoh dilraba dilmurat


Quote Dwdrum 23-5-2025 08:25 AM
White porcelain skin beauty standard di china...
Quote dewi_rina 23-5-2025 09:22 AM
Macam muka filter, bukan AI
Quote nisako 23-5-2025 12:21 PM
biasa je make up
Quote lilacomot 23-5-2025 03:40 PM
etnik ni mmg mata dorg bulat2 ek..xlaa sepet sgt mcm cina bukit
Quote SalenaGomez 23-5-2025 04:39 PM
MoonRise:  Edited by MoonRise at 23-5-20 ...


Cantik la sbb dahulu kala depa ni ada mix arab… sbb tu mata pon bolat
Quote gideoncross 23-5-2025 04:46 PM
Orenn1 replied at 23-5-2025 05:44 AM
Mcm ni cantik ke, mekap punya tebal, mcm bancuh simen lps tu plaster dinding sampai tak nmpk dah rup ...

Klau iol, sntuh makeup pun x prnh, pkai lgi lh x prnah
Quote Orenn1 23-5-2025 04:49 PM
gideoncross replied at 23-5-2025 04:46 PM
Klau iol, sntuh makeup pun x prnh, pkai lgi lh x prnah

Good job sis, keep your natural beauty.
Quote Skuau 23-5-2025 04:55 PM
#AcikPoromDengki
Quote Kitty_catz 23-5-2025 06:23 PM
Samerosie replied at 22-5-2025 10:53 PM
Putih mcm ni lah pujaan waniter pantai timo... Putih tak berdarah.

mujorrr tulis ethnic Hui

ku pikirkan anak cucu cicit kemal atarturk
Quote plywood 23-5-2025 06:30 PM
Quote plywood 23-5-2025 06:32 PM
Quote plywood 23-5-2025 06:37 PM
Meanwhile, comparing a person’s appearance with faces generated by AI has become a new way of paying a compliment.

Recently, a 20-year-old deaf-mute girl in southwestern China’s Sichuan province was also likened to AI-generated beauty for her “unnaturally beautiful” face. -
------------------------
Zoey Zhang
Published: 9:00am, 29 Apr 2025Updated: 7:06pm, 29 Apr 2025

Beautiful deaf-mute Chinese student, compared to AI, defended for excellence, kind nature

Fine arts student who has been deaf since she was 2 admits to having cosmetic surgery but insists her looks are fundamentally natural











Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.135286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top