View: 3355|Reply: 36
|
[Dunia]
Cantik sangat, wanita disangka AI
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang pengantin wanita dari etnik Hui di China menjadi tular selepas kecantikannya luar biasa membuatkan ramai netizen menyangka dia hanyalah imej ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).
South China Morning Post (SCMP) melaporkan rakaman video perkahwinan yang berlangsung pada April lalu di wilayah Gansu, barat laut China, mencuri tumpuan ramai selepas dimuat naik jurugambar majlis berkenaan ke media sosial.
Dalam video berkenaan, pengantin wanita berusia 25 tahun itu tampil memakai selendang putih yang menutup rambut, telinga, leher dan bahu – pakaian tradisional yang dikaitkan dengan etnik Hui, sebuah komuniti Muslim di China.
Kecantikannya yang anggun membuatkan ramai penonton terpukau, malah ada yang bertanya sama ada wajahnya benar-benar wujud atau sekadar hasil grafik AI.
Namun jurugambar perkahwinan itu tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pengantin itu adalah individu sebenar.
Katanya, masyarakat Hui secara tradisinya menolak prosedur kosmetik buatan, dan dia turut memuji kecantikan semula jadi wanita dalam keluarga pengantin berkenaan.
Tambah jurugambar itu lagi, pengantin wanita berkenaan jarang memakai solekan kerana lebih mementingkan kecantikan dalaman.
Nama pengantin tidak didedahkan kepada umum.
Sementara itu, sebahagian pengguna internet yang tidak biasa dengan budaya etnik minoriti di China mula mengenali pakaian tradisional mereka menerusi video tular seperti ini.
Etnik Hui yang berjumlah kira-kira 11.4 juta orang dalam bancian 2020 adalah kumpulan etnik keempat terbesar di China selepas Han, Zhuang dan Uygur.
Mereka tinggal secara meluas di seluruh negara, terutama di wilayah barat laut dan tengah seperti Ningxia, Gansu dan Shaanxi.
Ningxia juga menjadi wilayah autonomi khas bagi etnik Hui.
Menurut catatan sejarah, istilah "Hui" berasal daripada "Huihui", gelaran kepada masyarakat Uygur yang tinggal di Barat China sekitar zaman Dinasti Song Utara (960–1127).
Ketika Dinasti Yuan (1279–1368), golongan Muslim dari Asia Tengah dan wilayah Barat yang berhijrah ke China juga dirujuk sebagai "Huihui".
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya. Macam anak patung.
Teringin nak tgk muka tanpa solekan. Senang cakap, muka bangun pagi2. Tu lah waktu nak tgk muka sebenar seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni cantik ke, mekap punya tebal, mcm bancuh simen lps tu plaster dinding sampai tak nmpk dah rupa asal dinding tu yg bentuk bata2 semua. Mcm ni lah pompuan ni, klu basuh mekap muka lain tu. Nasib baik aku dah tak pakai mekap dah skrg ni. Dulu pun pakai nipis je takdelah mcm ni. Jenis yg pakai mekap tebal2 ni mmg menipu sgt. Huh |
|
|
|
|
|
|
|
Putih mcm ni lah pujaan waniter pantai timo... Putih tak berdarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya etnik ni mmg antara yg lawa2 banding kt tanah besar tu |
|
|
|
|
|
|
|
muka biasa kpop...kira comey lah tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm.shila.amzah versi putih mcm.plaster siling |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MoonRise at 23-5-2025 08:26 AM
Orang cakap bangsa Uygur kebanyakkannya memang cantik.
Contoh dilraba dilmurat
|
|
|
|
|
|
|
|
White porcelain skin beauty standard di china... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam muka filter, bukan AI |
|
|
|
|
|
|
|
etnik ni mmg mata dorg bulat2 ek..xlaa sepet sgt mcm cina bukit |
|
|
|
|
|
|
|
MoonRise: Edited by MoonRise at 23-5-20 ...
Cantik la sbb dahulu kala depa ni ada mix arab… sbb tu mata pon bolat |
|
|
|
|
|
|
|
Klau iol, sntuh makeup pun x prnh, pkai lgi lh x prnah
|
|
|
|
|
|
|
|
Good job sis, keep your natural beauty.
|
|
|
|
|
|
|
|
#AcikPoromDengki |
|
|
|
|
|
|
|
mujorrr tulis ethnic Hui
ku pikirkan anak cucu cicit kemal atarturk 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|