CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trend Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah Menjadi Pilihan Raja Sehari

15-1-2016 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11467| Komen: 5

Oleh Izzah Abbasy

Rumah atau penginapan ibu bapa biasanya menjadi pilihan utama untuk mengadakan majlis perkahwinan. Jika di kampung, amalan ini masih diadakan seperti biasa. Ada juga yang menjadikan dewan sekolah atau dewan orang ramai sebagai tempat melangsungkan hari bahagia.

Namun, jika di bandar trend menyewa hotel adalah suatu kepastian bagi mereka yang inginkan pakej mahal dan gaya moden serta kemudahan yang esklusif.

Terkini, trend menyewa banglo atau homestay semakin mendapat tempat kerana pemilihan banglo yang dihiasi perabot mewah, dekorasi dalaman moden serta fasiliti lengkap menjadi pilihan pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan sekarang ini.


Malah penyewaan sesetengah banglo ini di bawah konsep homestay membantu mengurangkan kos penyewaan bilik hotel bagi anggota keluarga yang datang dari luar kawasan.

Bagi pereka grafik Mohamad Faiz Sazalli, 29, beliau memilih untuk menyewa banglo di Taman Tasik Titiwangsa di sini sebagai lokasi majlis perkahwinannya pada 2013.



Tiada kemudahan sesuai untuk mengadakan perkahwinan di tempatnya sendiri  kerana beliau tinggal di pangsapuri.

Majoriti yang berkongsi pengalaman amat berpuas hati dengan setiap pakej yang ditawarkan seperti banglo yang disewanya itu menawarkan harga pakej berjumlah RM49,000 bagi 1,000 tetamu, iaitu termasuk makan dan minum serta khemah dan kerusi untuk tetamu.

Ada sesetengah banglo menawarkan pakej yang bernilai RM40,000 termasuk sewa khemah, meja, PA sistem, katering bagi 1,000 tetamu.

Jika di Genting Highland, terdapat banglo yang tidak menyediakan pakej. Alun-Alun Resort Sdn Bhd yang mempunyai dua banglo di Genting Highlands, Pahang turut menyewa banglo untuk majlis perkahwinan.

Banglo dua tingkat itu menampilkan ciri-ciri Eropah daripada rekabentuk banglo dan hiasan dalaman hinggalah laman yang indah, disewa dengan harga bermula RM2,500 untuk satu malam. - CARI Infonet

        

8

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 15-1-2016 03:48 PM
Yg dekat pulau meranti tu A park mmg cantik sgt
Quote hungryhenry 15-1-2016 03:49 PM
Reputs yg berada dlm kelad tersendiri, mcm tak sesuai kt bod ni
Quote ladybird_ 15-1-2016 06:41 PM
40k????? Hmmmm dalam mimpi jelahhhh
Quote Lemon_juice 27-7-2016 11:10 PM
40k? Hmmm..kehidupan lepas kawen tu lg penting.kalo lemon ni sanggup je buat kat kampung kalo umah famili x leh jd tempat wedding
Quote shin_ah81 30-7-2016 09:45 PM
Ibarat meleburkan duit yang kita tak sayang..hik2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.124787 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top