Oleh Adib Za Alam pekerjaan sebenarnya merupakan satu zon yang penuh dengan cabaran. Bukan sahaja cabaran kerja itu sendiri, malah bagaimana komunikasi dan hubungan dengan orang sekeliling dalam persekitaran kerja itu dijaga dengan baik. Seperti yang menjadi trending di laman sosial kini, sepucuk surat peletakan jawatan seorang pekerja menjadi bualan hangat. Ini kerana dia sanggup berhenti kerja kerana tidak berasa selesa dengan rakan sekerjanya yang diketahui telah hantar 'guna-guna' atau sihir kepadanya. Ini menyebabkan dia ditimpa penyakit pelik sehingga menjadi gila pada masa tertentu, berdasarkan surat tersebut. (Sumber foto: Carian google) Selepas menjalani perubatan Islam, dia dapati gangguan yang didapatinya adalah kerana santau oleh salah seorang pekerja di situ. Ketika rawatan, dia mengalami muntah yang mengeluarkan rambut, miang buluh, paku dan lain-lain. Ini sebenarnya menunjukkan perasaan hasad dan juga dengki masih kuat berlaku dalam alam pekerjaan. Mungkin pekerja itu dilayan lebih baik oleh bos, mendapat kenaikan gaji lebih tinggi dan sebagainya sehingga membuatkan si polan ini cemburu. Yang teruknya, dia mengamalkan ilmu hitam dan syirik dengan menghantar sihir agar orang lain berasa sakit dan menderita. Kembali kepada ajaran agama, rezeki setiap orang sudah tertulis. Jangan sesekali berapa cemburu dan dengki dengan orang lain. Ini boleh menyebabkan penyakit hati yang memakan diri. Bahagia sangatkah melihat orang lain menderita dengan sihir dan ilmu hitam itu? - CARI Infonet
|
4
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
29
Sedih |
25
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jelitaqasyah replied at 14-1-2016 02:02 PM
TT nak share satu story ni.. arwah kawan pernah kena santau dekat opis. Tak sangka kawan baik boleh ...
Emperor95 replied at 14-1-2016 12:45 PM
antara punca kemunduran pembangunan bangsa
jelitaqasyah replied at 14-1-2016 02:02 PM
TT nak share satu story ni.. arwah kawan pernah kena santau dekat opis. Tak sangka kawan baik boleh ...
melinda_kerr replied at 14-1-2016 05:39 PM
To be honest diri sendiri pun pernah terkena. Tak sangka dalam officepun ada manusia mcm tu.
pichee replied at 14-1-2016 06:20 PM
Share la u...mcm mne u tau u kne santau..
ADVERTISEMENT