CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Sukan Lihat artikel

'Pecah perut gelak', Raya Karaoke Challenge JDT bikin fans terhibur

4-4-2025 12:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 827| Komen: 2|Original author: tatod

1000006714.jpg



SATU video menarik yang menampilkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) mencuba cabaran menyanyikan lagu raya telah mencetuskan gelak tawa dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.


Video yang dikongsikan di laman Facebook, JOHOR Southern Tigers itu memaparkan beberapa pemain JDT, termasuk bintang import dari Brazil, Bergson da Silva, Alvaro Gonzalez, Mohamadou Sumareh dan Junior Eldstal dilihat bergandingan dengan pemain lain seperti Farizal Marlias, Nazmi Faiz, Syihan Ahmad Hazmi dan Izham Tarmizi dalam cabaran unik tersebut.


Dalam video tersebut, pemain import JDT diberi tugas untuk menyanyikan lagu raya yang mereka dengar, sementara pemain lain perlu meneka tajuk lagu tersebut.


Menariknya, meskipun berdepan dengan cabaran bahasa dan sebutan, para pemain import tetap berusaha sedaya upaya menyampaikan lagu-lagu raya dengan penuh semangat.



Antara lagu raya yang perlu diteka termasuklah Balik Kampung nyanyian seniman legenda Allahyarham Sudirman Arshad, Sesuci Lebaran dendangan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Selamat Hari Raya oleh Biduanita Negara, Allahyarmah Puan Sri Saloma.


Turut tersenarai ialah Ketipak Ketipung Raya oleh Aisha Retno dan Aziz Harun, Raya Mana? Nyanyian Nabila Razali dan Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina.


Lebih menghiburkan, beberapa pemain import berjaya meneka sebahagian lagu dengan betul, manakala ada yang tersalah sebut lirik hingga mencetuskan gelak ketawa.


Gelagat bersahaja mereka yang berusaha menyanyikan lagu raya dalam bahasa Melayu mencuri perhatian dan menghiburkan ramai peminat di media sosial.


Video tersebut bukan sahaja menampilkan sisi ceria skuad JDT, tetapi juga menggambarkan kemesraan antara pemain import dan tempatan dalam suasana Aidilfitri yang penuh kegembiraan.


Reaksi positif daripada penyokong turut membuktikan bahawa sukan bola sepak bukan sekadar persaingan di padang, tetapi juga mampu menyatukan pemain dan peminat melalui aktiviti yang menghiburkan seperti ini.


“Berdekahlah tengok video raya pemain JDT ini, memang best, Selamat Hari Raya Ahmad Bergson,” kata Faiz Zakaraya.


“Siapa punya idea ini?, Pecah perut nak gelak,” kata Razali Ismail.


“Sakit perut nak ketawa, terbaiklah bonding pemain JDT,” kata Amir Irfan. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-4-2025 11:32 AM
sAPA pecah perut tu? nenek ko?
Quote Tunakimchi 6-4-2025 12:37 PM
Netizens mane mudah sgt terhibur tu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.153545 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top