CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Sukan Lihat artikel

Jepun mara ke Piala Dunia 2026

21-3-2025 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 219| Komen: 1|Original author: tatod

SOCCER-WORLDCUP-JPN-BHR_REPORT_1742477676.jpg


Saitama: Jepun muncul pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2026 selepas Daichi Kamada dan Takefusa Kubo menjaringkan gol pada babak kedua untuk membolehkan skuad Hajime Moriyasu menang 2-0 ke atas Bahrain di Stadium Saitama dan mengesahkan tempat ke pusingan akhir tahun depan.

Pemain tengah Crystal Palace Kamada masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-66 dan meletakkan Jepun di depan manakala Kubo menambah gol kedua tiga minit sebelum tamat permainan sebenar untuk mengukuhkan kedudukan Samurai Blue selaku pendahulu Kumpulan C.

Kemenangan itu memastikan Jepun menghuni dua tangga teratas dalam carta kumpulan dan seterusnya mara ke pusingan akhir Piala Dunia kali kelapan berturut-turut.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-3-2025 10:38 PM
So, next year sesak la kedai2 mamak smpi subuh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.039532 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top