Oleh Adib Za Mengapakah majlis kenduri kahwin harus dilaksanakan? Ada yang lebih gemar bersederhana, namun ramai juga yang mengikut adat Melayu untuk melakukan kenduri.
Memetik laman blog INI, berikut merupakan tujuan majlis kenduri kahwin, mengikut ajaran Islam: Gambar hiasan (Sumber Carian google) Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin? Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan: Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.
Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin. Gambar hiasan (Sumber Carian google) Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.” - CARI Infonet Sumber: Blog Ohhbarutahu |
12
Bagus |
5
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT