CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4523|Reply: 7

Apakah Tujuan Sebenar Majlis Kenduri Kahwin?

[Copy link]
Post time 12-1-2016 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za
Mengapakah majlis kenduri kahwin harus dilaksanakan? Ada yang lebih gemar bersederhana, namun ramai juga yang mengikut adat Melayu untuk melakukan kenduri.


Memetik laman blog INI, berikut merupakan tujuan majlis kenduri kahwin, mengikut ajaran Islam:



Gambar hiasan (Sumber Carian google)



Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin?


Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:


Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.


Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.



Gambar hiasan (Sumber Carian google)




Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

- CARI Infonet



Sumber: Blog Ohhbarutahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 06:17 PM | Show all posts
party???lah ...? wedding party , telling everybody that you are married ....but yeah party gitew...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu yg sunnah ie walimatul urus sy pernah dgr ada ustaz ckp, yg dibuat immediately lps aqad nikah atau yg sehari dua lps tu.

Yg resepsi ke2, ke3 dan seterusnya hanyalah adat. Ha...yg ni mmg party sakan dan boleh menjurus pada tuntutan hawa nafsu semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 08:06 AM | Show all posts
buat yg simple dimple la mcm sy slpas ni...insyllah...hahahah
larikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 08:06 AM | Show all posts
tacang satu dulu ;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tujuan majlis kenduri adalah utk mhebahkan kpd jiran tetangga, saudara mara & sahabat handai bhw psgan t'sebut adalah suami isteri.
seeloknye dibuat secara sederhana dgn mdahulukan 40 jiran kanan, kiri dpn & blkg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 11:07 PM | Show all posts
Kenduri kecil kecilan pon dah afdhal.yg penting hebahkan kpd sedara mara jiran tetangga.kalo x dihebahkan nti kalo org nmpak ko berdating ngan suami / isteri org ingat ko buat maksiat pulak.org kna bertunang tu diam2 je.berkahwin itu yg perlu dihebahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
untuk menghebahkan kpd org sekeliling lah sis dan mengelakkan pitnah org ramai...org zaman skrang ni, kalau tak buat kenduri takat nikah jahh..haruslah ummah sekeliling tuduh kita ni terlanjur lah kawin express etc... lgi2 kat kwsan kampung nun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.331170 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list