CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap kanser testis tahap tiga, kesihatan Kieran makin baik selepas pembedahan - ""Alhamdulillah, saya juga sudah boleh keluar rumah dan memandu" ...

13-3-2025 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22988| Komen: 10|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-12 225738.png


Bekas penyampai radio, Maskiran Jakiran, 49, atau Kieran yang disahkan menghidap kanser testis tahap tiga memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik ketika ini.

Kieran ketika dihubungi berkata, keadaan kesihatannya semakin baik selepas menjalani pembedahan membuang lebihan cairan di bahagian testis yang membengkak pada 3 Februari lalu.

"Alhamdulillah, saya juga sudah boleh keluar rumah dan memandu kereta tetapi hanya kawasan dekat rumah saja," katanya.

Menurut Kieran, keadaan luka pembedahan juga sudah sembuh selepas lima minggu.

"Tapi, saya masih berasa sakit di bahagian dalaman dan anggota badan pun ada yang bengkak dan kebas.

"Saya juga dijadualkan untuk bertemu doktor untuk rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur pada 20 Mac ini," katanya.

Kieran berkata, dia juga sudah menjalani pusingan kemoterapi sebanyak empat kali.

"Selepas buat kemoterapi, badan saya bengkak-bengkak dan lemah sangat. Sakit sana sini itu perkara biasa. Urat-urat di tangan pun macam sudah mati.

"Namun, saya bersyukur kerana taklah teruk sangat kerana saya masih mampu duduk, baring dan bangun sendiri.

"Saya tiada masalah untuk makan dan tambah berat badan kerana sebelum kemoterapi, saya turun sebanyak 21 kilogram," katanya.

Selain itu, Kieran juga sangat bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa tahun ini.

"Saya tiada buat aktiviti ketika Ramadan dan hanya berehat di rumah kerana masih dalam proses pemulihan. Doktor beritahu ia ambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

"Saya juga masih belum mampu untuk bekerja kerana tangan masih sakit dan badan masih tidak kuat. Kalau sudah duduk, nak bangun kaki sakit dan kalau berdiri lama sikit ada rasa nak pitam pula.

"Seperti Ramadan, tahun sebelumnya, saya memang berbuka puasa di rumah saja dengan keluarga. Tahun ini, saya memang tidak bekerja dan memang genap sebulan dapat berbuka puasa dengan keluarga," katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri, Kieran berkata, dia hanya buat persiapan ala kadar saja bersama keluarga.

"Lagipun, saya sudah hampir lapan bulan tidak bekerja dan kena berjimat sebab pada masa akan datang kita tidak tahu macam mana," katanya.



Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 12-3-2025 10:59 PM
Moga panjang umur Kieran. Fighting!
Quote Dalcott 13-3-2025 04:44 PM
smg diberi kesembuhan
Quote sharlenetexas 13-3-2025 06:03 PM
Semoga dipermudahkan urusan.


Quote 3chanceno 13-3-2025 06:10 PM
Semuga diberikan kesembuhan & tabah & sabar menghadapi dugaan ini.
Quote OsHiN_hOnEy 13-3-2025 06:23 PM
always keep your body in alkaline state
positive mind, cut sugar/ 3in1/process food

don't give up!
Quote cap_ayam 13-3-2025 08:02 PM
Alhamdulillah semoga bertambah baik dan kembali sihat.
Quote exclusive_vvip 13-3-2025 08:07 PM
dua_chzy replied at 12-3-2025 10:59 PM
Moga panjang umur Kieran. Fighting!

sis chazey, kalu baca berita artis @ selebriti kena kanser, iols slalu tringat chuols penah komen kat thread roslan aziz kanser..chuols cakap RA akan survive ke panjang umo tah..
Quote honeybee1802 13-3-2025 08:07 PM
Ya Allah bila baca expeience kieran terigt kt emmber iols...under kemo jgk..mmg kadang2 lemah sgt badan..gusi berdarah...kena tambah darah la..
Quote beatgirlX 13-3-2025 08:19 PM
Semoga semakin sihat Kieran...
Quote dua_chzy 13-3-2025 08:52 PM
Edited by dua_chzy at 13-3-2025 12:57 PM
exclusive_vvip replied at 13-3-2025 12:07 PM
sis chazey, kalu baca berita artis @ selebriti kena kanser, iols slalu tringat chuols penah komen  ...


Ya sebabnya dia jenis badass. Berita dia kena kanser kuar tahun 2022. Masa tu dia kata doktor expect dia akan hidup 6 bulan ja. Now dah 2025. Heols masih hidup.

https://www.google.com/amp/s/www ... nser-357434%3famp=1

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.046794 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top