Jofliam menjelaskan pembelian produk kondom secara dalam talian seperti yang diuar-uarkan sebelum ini adalah sebahagian daripada persiapan majlis perkahwinannya yang akan datang.
Pemilik nama Jofli Abu Bakar menjelaskan perkara itu menerusi ruangan komen di Instagram miliknya baru-baru ini.
Namun, pengusaha Pizza Wagyu itu menafikan dakwaan bahawa pembelian kondom tersebut adalah untuk kegunaan semasa di kediamannya.
Sebaliknya, itu adalah salah satu daripada persediaan sebelum dia kembali bergelar suami dalam masa terdekat.
Menjawab pertanyaan netizen mengenai keputusannya menggunakan kondom selepas berkahwin, Jofliam menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat kerana dia mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya yang sedang membesar.
Sebelum ini, Cik Epal atau Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mendakwa Jofliam membuat telah melakukan pembelian produk kondom secara dalam taliam.
Dakwaan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Sumber: ohbulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|