CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin tersasul panggil Amira Othman sayang

11-3-2025 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19539| Komen: 314|Original author: Raline

ya.PNG


Fattah Amin sekali lagi menjadi sorotan apabila secara tidak sengaja memanggil penyanyi Amira Othman dengan panggilan ‘yang’ lazimnya singkatan perkataan sayang dalam sesi siaran langsung di TikTok ketika menghadiri sebuah festival di Singapura, baru-baru ini.

Dalam video tular, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menyapa peminat dalam siaran langsung tersebut sebelum tiba-tiba menyebut panggilan istimewa itu kepada Amira yang tidak melihat kamera ketika itu.

“Tengoklah ni, Yang…” ujar Fattah sebelum terdiam seketika.



Amira yang jelas terkejut terus memandang pelakon Suri Hati Mr Pilot itu, namun kedua-duanya hanya mampu tersenyum.

Tidak menunggu lama, peminat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi nakal dan usikan mesra terhadap mereka.


“Aduhai, sekali tersasul habis kantoi satu Malaysia!, kahwin sajalah lagipun dua-dua tiada berpunya,” komen netizen.

“Fattah, kalau hati dah suka, tak boleh sorok lama-lama, tengok tu Allah tunjuk terus tersasul, kelakar tengok reaksi Amira,” tulis seorang pengguna TikTok.


Sebelum ini, duda terhangat itu menegaskan hubungannya dengan Amira sekadar rakan sekerja dan menolak dakwaan mereka bertunang secara rahsia.

Namun, selepas kejadian tersasul ini, peminat nampaknya semakin yakin bahawa ada sesuatu yang istimewa antara mereka.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihyomelly 10-3-2025 04:59 PM
Edited by jihyomelly at 10-3-2025 05:00 PM

mcm tak biasa lak dulu pun cenggitu..tersyasyul syasyullllll
Quote pilut 10-3-2025 05:08 PM
buaya darat memang macam ni. ulang2 MO yang sama!!!!!!!!!!! gunakan permpuan unutk naikkan nama. kerjaya tetaplah senduuuu.
view lagu, drama pun kalah dgn ex bini whahahhhhaha



masa dgn lofa tersasul panggil baby
masa dgn fazura tersasul panggil syg
skrg dgn mirah tersasul panggil yang??hahahahh


dasar cinta murahannn. tp fansnyaaaaaaa tetap bebal suka benda geletis berair..

Quote noor2 10-3-2025 05:19 PM
Alololo....
Quote lolipopmanish 10-3-2025 05:22 PM
Gitu lah MO duda ni
Quote apedehal 10-3-2025 05:33 PM
Edited by apedehal at 10-3-2025 09:34 PM

*Reserve comment until break fasting

Keledek need to be fed somethg cheezy like this kekdahnya..same old fattah...pastu benang fattah wajib ada penunggu mcm komen kat bawah aku ni. Beza pemenat fattah n fan fazura...fans fazura selalu tertggu tggu@supportive dgn produk @ projek baru faz..meanwhile keledek tertggu tggu aksi berlendir dr seorg lelaki lindungan kaabah. Takyah fight la statement aku ni coz deep down mmg menda tu betul pun
Quote ahnjaehyun 10-3-2025 05:34 PM
pastu? tersakiti ker? dah nampak dah tempat puak2 acik2 por tersakiti dok  berkuntum
Quote princessmiang 10-3-2025 05:34 PM
Sejenak abdol termenung
Keledek pun mulai murong
Abdol sudah gatal burong
Quote _kelly 10-3-2025 05:37 PM
lepas 4 bulan cerai woi..kalau retis lain habis la kena maki netizen
Quote Incanto 10-3-2025 05:39 PM
kepak kepak kepak kepung

lepas Raya nanti kawin ya

kalau kawin sblm Raya kena bagi witraya
Quote cmt09 10-3-2025 05:50 PM
Mcm pernah ku dgr citer ni tp di mana ya... Kita doakan yg terbaik utk mereka berdua ya
Quote Shayang 10-3-2025 05:51 PM
Sayang, sayang, sayang, kamu dah berpunya
tertutup sudah bagiku kesempatan
dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus, cerita berakhir tak senang




Quote nottyyuni 10-3-2025 05:53 PM
Cepat sayang..cepat melayang.
Quote ninja boy 10-3-2025 06:12 PM
Abislah AO nnt jadi spt ND, fasha, etc x abis2 nitezen bergasak hidup tarak tenang nnt
Quote ninja boy 10-3-2025 06:12 PM
Abislah AO nnt jadi spt ND, fasha, etc x abis2 nitezen bergasak hidup tarak tenang nnt
Quote doubleA 10-3-2025 06:20 PM
Tapi AO ni nampak sopan. Iols ada soft spot kt AO ni tapi siap sedia la ko dik, silap sikit keledek serang sampai ajal
Quote Adeakukesah11 10-3-2025 06:25 PM
Ao ni bdn mcm dh beranak
Quote MadameOnion 10-3-2025 06:39 PM
Alhamdulillah..semoga cepat kawin la supaya sweet potatoes can leave faz alone...sama sepadan kedua mempelai..renjis renjis dipilis..semoga diberkati dan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org org yg beriman
Quote Lampuled 10-3-2025 07:04 PM
Apesal iolls dgr mcm dia ckp "eh tgk Nyah".
Makin obvious yer diaorg. Mmg serious la ek diaorg ni? Amira ngekor smpai ke SG sana. Amira ni bkn type yg kehulu hilir dgn laki kan? So kalau dh gitu gayanya mmg tgh menumis nasik minyak la.
Quote asudau 10-3-2025 07:09 PM
Elok la kawin cepat ya..pastu boleh la fattah fokus jadi ceo ke coo pakmat western ????. Tak yah berlakon dah, tinggalkan dunia glemer ni. Fokus kat rumahtangga sebab kedua2nya ni dikatakan soleh dan solehah.

Lihat semua komen(314)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.171864 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top