CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak pemandu Honda Jazz sebabkan kematian dua beradik mohon maaf,mengaku emosi buat posting pertahankan adik

10-3-2025 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4824| Komen: 39|Original author: tatod

553 (1).jpg


KAKAK kepada pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden itu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita dikenali sebagai Nur Athirah Najwa itu mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan komen yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang.

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

“Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Nur Athirah memuat naik beberapa kenyataan yang seolah-olah mempertahankan adiknya susulan insiden berkenaan.

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam pemandu Honda Jazz terbabit kerana memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa dua individu.

Pada Khamis lalu, satu kemalangan jalan raya berlaku di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu, empat individu cedera parah termasuk dua beradik lelaki.

Dua mangsa yang menaiki motosikal Modenas Kriss, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Susulan kejadian itu, polis mengesahkan pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja, tidak mempunyai lesen memandu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 10-3-2025 12:15 PM
ishkkk....cakap nanti....kurus puasa....tak cakap aku selfish.....dilemma betol.....tapiiiiiii.....satu je nak cakap.....dah tahu tak de lesen memanduuuuuuuuuuuuuuu....yg pi bawak kete dah kenape weiiiiii......
Quote nazzse 10-3-2025 12:27 PM
Orang main socmed ko pun nak, pastu b***h.
Padan muka kena kecam. Raya lah ko sekeluarga dalam kemaluan
Quote sayawifenikmie 10-3-2025 12:38 PM
ni cobaan nak naikkan followers ke apa ni?
perlu ke minta maaf kepd netizen?
yg perlu awak pohonkemaafan adalah dari mak ayah budak2 yg terbunuh tu
pergi je jumpa depan2
kenapa nak minta maaf kat TTok pulak
Quote sayawifenikmie 10-3-2025 12:38 PM
ni cobaan nak naikkan followers ke apa ni?
perlu ke minta maaf kepada netizen?
yg perlu awak pohonkemaafan adalah dari mak ayah budak2 yg terbunuh tu
pergi je jumpa depan2
kenapa nak minta maaf kat TTok pulak
Quote Skuau 10-3-2025 01:10 PM
fcuk u.
Quote Freezies 10-3-2025 01:20 PM
Jual air mata boya...
Quote prettyuglybabe 10-3-2025 01:33 PM
time ni la nak menunggang..
untung-untung boleh jadi titpemes..
tak pun takut bisnes melingkup..
baca kat mana entah kata kedai bapaknya dah tutup sejak insiden..
Quote green~tea 10-3-2025 01:35 PM
Edited by green~tea at 10-3-2025 01:36 PM

Adik kau dah bunuh orang.. takyah nak tegakkan benang basah sangat lah... takde lesen plak tu.. patut makpak kena penjara sbb cuai jaga didik anak sampai bunuh org
Quote forex 10-3-2025 01:41 PM
prettyuglybabe replied at 10-3-2025 01:33 PM
time ni la nak menunggang..
untung-untung boleh jadi titpemes..
tak pun takut bisnes melingkup..

Beger Ijan Paroi? oo patut la lalu tutup ja, malas nk pi sbb nk masuk kat shophouse tu manjanggg jem, dgn org potong pokok laie, yihhhh
Quote forex 10-3-2025 01:41 PM
prettyuglybabe replied at 10-3-2025 01:33 PM
time ni la nak menunggang..
untung-untung boleh jadi titpemes..
tak pun takut bisnes melingkup..

Beger Ijan Paroi? oo patut la lalu tutup ja, malas nk pi sbb nk masuk kat shophouse tu manjanggg jem, dgn org potong pokok laie, yihhhh
Quote Tinot7 10-3-2025 01:46 PM
Wat malu org bertudung jahh
Quote prettyuglybabe 10-3-2025 02:21 PM
forex replied at 10-3-2025 01:41 PM
Beger Ijan Paroi? oo patut la lalu tutup ja, malas nk pi sbb nk masuk kat shophouse tu manjanggg j ...

beger ijan tu apak eh..
roti john lavender omak eh..
kobar eh anak beranak memang problem..
Quote forex 10-3-2025 02:41 PM
prettyuglybabe replied at 10-3-2025 02:21 PM
beger ijan tu apak eh..
roti john lavender omak eh..
kobar eh anak beranak memang problem..

ooo cito eh, dah coghai la kan. lain2 lak bisnes eh.
Quote grouper 10-3-2025 05:20 PM
Business family dah nak lingkup baru minta maaf....
Quote syamzana 10-3-2025 05:42 PM
forex replied at 10-3-2025 02:41 PM
ooo cito eh, dah coghai la kan. lain2 lak bisnes eh.

gamaknya laaa sbb katanya anak2 sume ikut maknya.
yg roti john tu satu je ke kedainya? kedai bapaknya byk jugak kan branch.

**td dah caci berhemah kat benang accident adiknya so malas dah nak kurangkan pahala arini, satu je la...padan muke!!!
Quote tahanie 10-3-2025 06:33 PM
Mengada-ngada lah
Quote Thunderclouds 10-3-2025 07:10 PM
Tipikal spoiled brat. Dh salah nk justified jgk menda yg terang2 mmg salah. Sori ckp. Sbb didikan makAyah biasakn mcm tu.
Quote Suchi 10-3-2025 08:39 PM
Patutnya diam2 jelaa
Elok org taktau apa2 dah satu donia tau dek
k la bai
Quote dubuk 10-3-2025 08:52 PM
Mana video dia

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top