CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu 'Ham', Harith Iskandar Kena Kompaun RM10,000, Buka Ruang Netizen Persenda Agama

7-3-2025 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7669| Komen: 7|Original author: tatod

Harith.jpg


GARA-GARA memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam, pelawak Harith Iskander dan seorang wanita iaitu Cecelia Yap dikompaun sebanyak RM10,000.

Tindakan tersebut dibuat ke atas kedua-dua individu itu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu," kata SKMM dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.  

SKMM dalam kenyataan sama berkata, pihaknya juga memohon Meta untuk menurunkan kandungan berkenaan memandangkan ia turut melanggar garis panduan komuniti di Facebook.

Jelasnya, permohonan untuk menutup kedua-dua akaun Facebook milik Harith dan Cecelia juga sudah dilakukan.

"Permohonan itu kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta," katanya.

3198532.jpg


Pada Januari lalu, Harith, 54, memuat naik sekeping foto di Facebook miliknya yang memaparkan segelas kopi dinamakan hamsap kopi berharga RM5.50 berserta kapsyen yang membuka ruang kepada netizen memberikan komen mempersenda serta menghina kesucian Islam.

Susulan itu terdapat akaun menggunakan nama Cecelia Yap Song meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Cecelia kemudiannya tampil memohon maaf berhubung kenyataan dibuat.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-3-2025 08:13 PM
Yap Ngin Song matek aji, semar ngi seng
Quote Hoola 6-3-2025 08:41 PM
adan uke
-netijem

Quote ^CUN_GILA~. 6-3-2025 08:53 PM
Tujuan tulis tu apa?  Hah, U get la what U sow..
Quote miss_white 6-3-2025 09:32 PM
Si celaka ni dh kena cerai bini kn
Padan muka aku sikit pun xsimpati
Quote miss_white 6-3-2025 09:32 PM
Edited by miss_white at 6-3-2025 05:54 PM

Double
Quote Gori911 8-3-2025 06:58 AM
Baru nak kompaun. Sebelum ni senyap ja
Quote Andyscenes 8-3-2025 09:06 AM
patut penjara je dia ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046851 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top