Sejak kebelakangan ini semakin ramai gemar berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial tanpa sebarang perasaan malu.
Perkara itu bukan sahaja memburukkan keadaan tetapi seolah-olah sengaja membuka aib pasangan masing-masing.
Bagi pelakon Mona Allen, dia berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dinormalisasikan kerana ia tidak sepatutnya menjadi paparan umum.
Mona tidak bersetuju dengan tindakan individu membantu suami berpoligami.
Sebaliknya bagi Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 40, hal berkaitan rumah tangga sepatutnya disimpan untuk diri sendiri.
"Tolong belajar untuk tidak bercakap tentang hal rumah tangga di khalayak ramai.
"Tolonglah jangan normalisasikan benda ini boleh? Urusan rumah tangga tolong simpan dalam rumah tangga," katanya.
Mona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran InstaStory miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, Mona mempersoalkan tindakan individu yang secara terbuka membincangkan soal mencari madu dan membantu sang suami berpoligami.
Mona berkata, perkara seperti itu sepatutnya mendatangkan rasa malu dan tidak patut dibincangkan secara terbuka.
"Sudah jumpa bakal madu dan izinkan suami berkahwin dua. Nak tolong pinangkan, ya ampun!
"Tidak kisahlah nak pinangkan madu kedua, ketiga atau keempat. Simpan rahsia rumah tangga boleh tak?," ujarnya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|