CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih sepanjang Ramadan

23-2-2025 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20419| Komen: 31|Original author: ultra78


02hm06zmakkah_1740226417.jpg


KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

Arahan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menerusi akaun X rasminya pada Rabu, sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini.

Kementerian itu menjelaskan, larangan itu bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah serta menjamin keselesaan jemaah.

"Kementerian juga menegaskan keperluan untuk menetapkan kawalan terhadap pemasangan kamera di masjid dan tidak menggunakannya untuk merakam imam serta jemaah ketika solat…," menurut kenyataan itu.

Arahan itu turut menyatakan bahawa imam bertanggungjawab memberikan kebenaran kepada jemaah, mengesahkan tiada pelanggaran dilakukan mereka, mengetahui maklumat berkaitan jemaah serta mendapatkan kelulusan penaja yang sah bagi bukan warga Arab Saudi.

Kementerian turut menekankan larangan mengumpul sumbangan kewangan bagi projek penyediaan iftar (berbuka puasa) dan lain-lain. Sekiranya terdapat penyediaan iftar, ia hendaklah diadakan di tempat yang disediakan di perkarangan masjid serta di bawah tanggungjawab imam dan bilal.

Pihak yang bertanggungjawab menyediakan iftar perlu membersihkan kawasan berkenaan sejurus selepas berbuka serta dilarang mendirikan bilik atau khemah sementara bagi tujuan itu, menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian juga menggesa petugas masjid, termasuk imam, pendakwah dan khatib, untuk meningkatkan kesedaran agama dengan menerangkan keutamaan bulan Ramadan, hukum-hakamnya, galakan melakukan amal kebaikan serta kepentingan memanfaatkan keberkatan hari dan malam sepanjang bulan itu.

Pemeriksa masjid akan mempergiat lawatan lapangan bagi memastikan semua arahan kepada petugas masjid dipatuhi dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu. – BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 23-2-2025 09:03 AM
Okey la nih, sekurang-kurangnya dapat mengelak menunjuk..
Quote 3chanceno 23-2-2025 10:13 AM
Edited by 3chanceno at 23-2-2025 11:48 AM

Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat dengar & lihat solat terawih dari sana
Quote asamfish 23-2-2025 11:07 AM
Alhamdulillah.  Setuju dgn semua larangan.
Quote Decaffeinated 23-2-2025 11:45 AM
Padan muka kaki live cari makan kat socmed.
Quote adeqbun 23-2-2025 12:37 PM
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah
Quote pisanggoreng 23-2-2025 12:40 PM
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

tv Al-Hijrah hari2 ada live
Quote shamsadis 23-2-2025 01:52 PM
senyum sini gang2 konoha sebab mereka akan claim solat terawih mereka paling betul...

[youtube]IUtiYaTHwF4?si=_eSyfppCf-H6MR5V[/youtube]
Quote asamfish 23-2-2025 02:02 PM
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah

ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.

Quote adeqbun 23-2-2025 02:05 PM
asamfish replied at 23-2-2025 02:02 PM
ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.  ...

Kalau yg live personal tu mmg wajib la dihalang..nak2 yg siap ade videografer mengikut sepjg berihram utk content..jijixx sgt kelaku mcm ni..xreti nak hargai moment beribadah..alasanya nak influence netizen benda2 yg baik
Quote krustykrab 23-2-2025 03:05 PM
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

Awat pulak sedih?
Sama je cara solat semua muslim.
Quote krustykrab 23-2-2025 03:09 PM
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

- kalau baca ni, mcm kesemuanya sekali dilarang.
Quote tukul 23-2-2025 05:11 PM
asamfish replied at 23-2-2025 02:02 PM
ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.  ...

Ko jgn.. deme ahli syurga... sampai kan org yg tak rajin berpuasa mcm deme di cop bkn ahli ibadah...
Quote limesherbet 23-2-2025 11:30 PM
Tahun sebelum pun baca news benda yg sama, tapi tgk official live ade je.
Quote nolya 24-2-2025 12:02 AM
Edited by nolya at 24-2-2025 12:04 AM

Solatnya mcm ayam patuk padi., tak ada takmoninah. Dah tu baca Fatihahnya ekspress. Langsung tak jaga tajwidnya.  Sah ke tu?

Solat terawikh cepat2 begitu, kenapa nak cepat sudah.  Nak kejar apa. Nak mengadap dn bercakap2/memohon kpd Allah swt, kenapa tak jaga tatatertibnya.  Dia orang tu faham ke fadhilatnya solat tarawikh yg hanya muncul setahun sekali. Kalau tak nak berlama2, buat aje lah yg 8 atau 10 rakaat dgn penuh tertib. Di I'dsia kan ramai ustaz2/imam2 yg tersohor, tapi tak ade seorang pun yg boleh membetulkan dn memperabiki.  Maka saban tahun, begitulah rupanya. Dah mcm satu budaya pula, solat tarawikh patuk padi yg hanya ada di Ndsia. Begitu ke kalian mengadap Allah swt.?
Quote ipes2 24-2-2025 05:25 AM
rasanya live telecast memang telah diaturkan, kan?
kita selalu dapat dengar dan lihat eg dalam youtube

also, rasanya tilawah Quran yg kita selalu dengar dulu2 dalam cassettes dan CD, dan now in DVD, podcasts, YT etc sellaunya direcord semasa Solat Tarawikh la

alahi sy masih belum pergi umrah atau haji
Quote SalenaGomez 24-2-2025 09:53 AM
nolya replied at 24-2-2025 12:02 AM
Solatnya mcm ayam patuk padi., tak ada takmoninah. Dah tu baca Fatihahnya ekspress. Langsung tak jag ...


Naik motor nak g masjid pon lagi lama dr solat terawih. Main henfon lagi lama dr terawih. Makan melepak lagi lama dr terawih. Benda2 lagha boleh pulak berlama2. Solat terawih setahun sekali berkira nak buat. Kalau boleh 20 Rakaat tu 10 minit je.

Betapa berkiranya manusia dgn masa bersama Allah. 24 jam tapi solat nak sependek2 masa. Tapi doa nak mintak mcm2
Quote 3chanceno 24-2-2025 05:45 PM
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah

Oh gitu..tenkiu...gi sana buat pe nak buat live rekod kan? Dah susah2 sampai sana, solat jemaah dgn khusyuk lah
Quote 3chanceno 24-2-2025 05:49 PM
krustykrab replied at 23-2-2025 03:05 PM
Awat pulak sedih?
Sama je cara solat semua muslim.

Kalau tengok solat kat sana & dengar bacaannya, terasa bestnya & berdoa satu masa nanti boleh join jemaah di bulan posa. Tak dapat sama2 solat terawih kat sana, tengok kat tv pun jadilah.
Quote 3chanceno 24-2-2025 05:49 PM
pisanggoreng replied at 23-2-2025 12:40 PM
tv Al-Hijrah hari2 ada live

Ok tenkiu ya

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047345 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top