CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarat permit baru konsert, letak papan tanda 'tidak pada dadah'

20-2-2025 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4656| Komen: 3|Original author: Raline

d.PNG


SHAH ALAM – Papan tanda atau plakad ‘tidak pada dadah’ pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan syarat permit permohonan dalam penganjuran konsert di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan antara cadangan yang telah dimajukan kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada awal bulan ini.

Katanya, langkah itu bagi memperketatkan lagi syarat-syarat kepada penganjur konsert.

“Sebelum ini, apa yang berkaitannya hanya pada tiket konsert iaitu tidak boleh mengambil dadah dan sebagainya.

“Jadi, ini secara langsung dalam mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert. Syarat-syarat akan diletakkan dalam permit dikeluarkan majlis tempatan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kosmo! pada 3 Januari lalu melaporkan Polis Selangor mencadangkan keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert termasuk dari segi bilangan pengunjung mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan dari penjualan dadah serta pengudaraan.

Ini susulan kematian empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert ” Pinkfish” di Bandar Sunway dekat sini.

Malah, laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert tersebut berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

Hussein menambah, taklimat juga telah diberikan kepada Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hasil daripada siasatan kejadian konsert Pinkfish ini.

“Kita juga ada cadangkan langkah-langkah tambahan kepada pihak penganjur konsert.

“Polis juga akan meningkatkan risikan dalam atau semasa konsert bagi tujuan mencecah pengambilan dadah ini,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua itu bukan untuk menghalang penganjuran konsert sebaliknya memastikan penganjurannya lebih berhemah supaya tiada kejadian malang berulang di Selangor.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor antara Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan menggantikan Datuk S. Sasikala Devi yang bersara wajib.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-2-2025 03:25 PM
Asal hado konsert party rave, mesti ada yang mati. Haramkan jah konsert rave pinkfish pebenda suma tu. Padan muka. Tengok konsert Greenday, tadak yang mati tadak yang gila p telan dadah untuk enjoy musik. Puih. Sopan santun behave ja audience sebab mostly dak2 90's yang attend.
Quote hayrin86 20-2-2025 04:22 PM
Setuju juga. Dadah bukannya keperluan pun sejak dulu lagi.
Quote Samerosie 20-2-2025 05:02 PM
Kalau pendadih tegar depa flip hair jur...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043371 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top