View: 4686|Reply: 3
|
[Tempatan]
Syarat permit baru konsert, letak papan tanda 'tidak pada dadah'
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Papan tanda atau plakad ‘tidak pada dadah’ pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan syarat permit permohonan dalam penganjuran konsert di Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan antara cadangan yang telah dimajukan kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada awal bulan ini.
Katanya, langkah itu bagi memperketatkan lagi syarat-syarat kepada penganjur konsert.
“Sebelum ini, apa yang berkaitannya hanya pada tiket konsert iaitu tidak boleh mengambil dadah dan sebagainya.
“Jadi, ini secara langsung dalam mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert. Syarat-syarat akan diletakkan dalam permit dikeluarkan majlis tempatan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Kosmo! pada 3 Januari lalu melaporkan Polis Selangor mencadangkan keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert termasuk dari segi bilangan pengunjung mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan dari penjualan dadah serta pengudaraan.
Ini susulan kematian empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert ” Pinkfish” di Bandar Sunway dekat sini.
Malah, laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert tersebut berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.
Hussein menambah, taklimat juga telah diberikan kepada Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hasil daripada siasatan kejadian konsert Pinkfish ini.
“Kita juga ada cadangkan langkah-langkah tambahan kepada pihak penganjur konsert.
“Polis juga akan meningkatkan risikan dalam atau semasa konsert bagi tujuan mencecah pengambilan dadah ini,” tegasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua itu bukan untuk menghalang penganjuran konsert sebaliknya memastikan penganjurannya lebih berhemah supaya tiada kejadian malang berulang di Selangor.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor antara Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan menggantikan Datuk S. Sasikala Devi yang bersara wajib.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asal hado konsert party rave, mesti ada yang mati. Haramkan jah konsert rave pinkfish pebenda suma tu. Padan muka. Tengok konsert Greenday, tadak yang mati tadak yang gila p telan dadah untuk enjoy musik. Puih. Sopan santun behave ja audience sebab mostly dak2 90's yang attend. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju juga. Dadah bukannya keperluan pun sejak dulu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pendadih tegar depa flip hair jur... |
|
|
|
|
|
|
| |
|