MEXICO CITY - Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Isnin memberi amaran kepada enjin carian Google menerusi surat kedua bahawa kerajaannya akan mengambil tindakan undang-undang jika syarikat itu tidak mengembalikan nama asal Teluk Mexico pada peta mereka, lapor Xinhua. Sheinbaum menegaskan bahawa Google tidak mempunyai hak untuk menukar nama keseluruhan Teluk Mexico kepada Teluk Amerika semata-mata untuk memenuhi perintah eksekutif dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Beliau menjelaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba. "Kami akan menunggu maklum balas Google dan jika mereka tidak memberi respons, kami akan mengambil tindakan mahkamah," kata Sheinbaum. Presiden itu turut membaca surat balasan pertama Google kepada kerajaan Mexico, yang menyatakan bahawa sebagai syarikat swasta di luar perjanjian antarabangsa, Google memilih untuk menggunakan nama Teluk Amerika bagi pengguna di Amerika Syarikat, Teluk Mexico bagi pengguna di Mexico, dan kedua-dua nama untuk pengguna di seluruh dunia.
"Kami tidak bersetuju. Mexico sama sekali tidak menerima sebarang penukaran nama kawasan geografi yang merangkumi sebahagian wilayah negara ini dan berada di bawah bidang kuasanya," tegas presiden itu. Surat kedua yang dibacakan Sheinbaum turut mengandungi fakta sejarah dan asas undang-undang bagi menyokong tuntutan Mexico. Sumber: - Bernama, Sinar Harian |
B40tastePosh replied at 18-2-2025 08:50 PM
Laut China Selatan, tersenyum sinis.
plywood replied at 18-2-2025 09:18 PM
According to international law, China has no legal basis to claim the majority of the South China ...
ADVERTISEMENT