CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11672|Reply: 5

Tukar nama Teluk Mexico, Sheinbaum beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google

[Copy link]
Post time 18-2-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode





MEXICO CITY - Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Isnin memberi amaran kepada enjin carian Google menerusi surat kedua bahawa kerajaannya akan mengambil tindakan undang-undang jika syarikat itu tidak mengembalikan nama asal Teluk Mexico pada peta mereka, lapor Xinhua.


Sheinbaum menegaskan bahawa Google tidak mempunyai hak untuk menukar nama keseluruhan Teluk Mexico kepada Teluk Amerika semata-mata untuk memenuhi perintah eksekutif dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.


Beliau menjelaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.


"Kami akan menunggu maklum balas Google dan jika mereka tidak memberi respons, kami akan mengambil tindakan mahkamah," kata Sheinbaum.


Presiden itu turut membaca surat balasan pertama Google kepada kerajaan Mexico, yang menyatakan bahawa sebagai syarikat swasta di luar perjanjian antarabangsa, Google memilih untuk menggunakan nama Teluk Amerika bagi pengguna di Amerika Syarikat, Teluk Mexico bagi pengguna di Mexico, dan kedua-dua nama untuk pengguna di seluruh dunia.


"Kami tidak bersetuju. Mexico sama sekali tidak menerima sebarang penukaran nama kawasan geografi yang merangkumi sebahagian wilayah negara ini dan berada di bawah bidang kuasanya," tegas presiden itu.


Surat kedua yang dibacakan Sheinbaum turut mengandungi fakta sejarah dan asas undang-undang bagi menyokong tuntutan Mexico.


Sumber: - Bernama, Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laut China Selatan, tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:18 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-2-2025 08:50 PM
Laut China Selatan, tersenyum sinis.

According to international law, China has no legal basis to claim the majority of the South China Sea due to the "nine-dash line" on its maps, as a 2016 ruling by the Permanent Court of Arbitration declared this claim invalid, meaning China lacks a legal foundation for its sweeping territorial claims in the region; many countries, including the Philippines and Vietnam, also contest China's claims in the South China Sea

.. tu yang bersungguh-sungguh china nak tawan taiwan.. bolehlah dia tuntut laut china selatan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:52 PM | Show all posts
plywood replied at 18-2-2025 09:18 PM
According to international law, China has no legal basis to claim the majority of the South China  ...

Taiwanese tak mengaku satu moyang dgn China.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:52 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 19-2-2025 12:19 PM

Nak ingin tahu .. Bila MalayDesh mahu  menukar nama Laut China Selatan menjadi Laut Melayu Mahawangsa ?

Bukankah itu juga akan berguna untuk menguatkan Penguat Kuasaan MalayDEsh atas seluruh Alam Melayu ....Tentu saja jika anda punya Nyali dan keberanian sesuai klaim anda sebagai sebuah Mahawangsa  ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:12 PM | Show all posts
Mexico ni pasal nama ni pun jadi gaduh. Nak layan kerenah Trump tu tak perlu pun. Apa yg penting banyakkan peluang pekerjaan di Mexico, hapuskan kartel dadah yg bermaharajalela. Dah tentu ramai orang Mexico tak akan berbondong-bondong ke USA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.626560 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list