CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ekonomi Malaysia dijangka mantap, tepati unjuran - Penganalisis

14-2-2025 07:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23321| Komen: 1|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-14 001829.png


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia bagi keseluruhan 2024 dijangka berkembang kukuh sejajar dengan unjuran rasmi antara paras 4.8 peratus hingga 5.3 peratus, demikian menurut penganalisis.

Jangkaan itu berdasarkan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang memperlihatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurut DOSM, pertumbuhan itu dijangka dipacu pertumbuhan 4.8 peratus dalam suku keempat 2024 berikutan pertumbuhan lebih kukuh 5.3 peratus dalam suku ketiga tahun sama.

Pada suku ketiga 2024, ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus berbanding 5.9 peratus pada suku kedua 2024, didorong aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Secara keseluruhan, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.2 peratus bagi tiga suku tahunan pada 2024.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan angka KDNK bagi 2024 tidak jauh berbeza dengan anggaran awal DOSM iaitu 5.1 peratus.

Menjelaskan jangkaan itu, beliau berkata, prestasi KDNK pada tahun lalu dipacu kedua-dua enjin, iaitu sektor luaran dan domestik.

Katanya, kadar pengangguran yang kekal rendah menandakan pasaran buruh mencapai guna tenaga penuh, menandakan ramai rakyat Malaysia sudah mendapat pekerjaan dan menerima pendapatan.

"Begitu juga aktiviti pelaburan yang kian aktif disebabkan usaha untuk menaik taraf kapasiti pengeluaran di pelbagai industri serta dipacu pelaksanaan projek infrastruktur," katanya kepada BH.

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumkan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia esok.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, pula berkata pihaknya mengunjurkan KDNK berkembang antara 5.2 peratus hingga 5.4 peratus pada 2024.

Malah, katanya, pertumbuhan kukuh dijangka berterusan pada 2025 dengan anggaran awal pihaknya pada 4.8 peratus, disokong penggunaan domestik yang kukuh, prestasi eksport yang stabil dan usaha pengukuhan fiskal kerajaan.

"Pertumbuhan ekonomi 2024 kukuh. Unjuran KDNK bagi 2024 sekitar 5.2 peratus hingga 5.4 peratus, sementara KDNK suku keempat 2024 dijangka 5.2 peratus," katanya.

Sementara itu, Standard Chartered dalam satu penyelidikan, berkata momentum pertumbuhan yang kukuh dalam sembilan bulan 2024 mendorong bank itu membuat semakan semula bagi unjuran KDNK Malaysia kepada 5.2 peratus bagi 2024, berbanding 4.8 peratus.

Institusi kewangan terkemuka dunia itu menjangkakan inflasi bagi 2024 pada paras 1.9 peratus.

Kredit -BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 14-2-2025 09:03 AM

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.172780 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top