CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi biru dan tiada respons lepas tersedak susu! wanita fobia nak hamil lagi

13-2-2025 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13037| Komen: 1|Original author: Raline

Menjaga bayi yang baru dilahirkan merupakan satu cabaran besar buat ibu bapa.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisah bayinya yang tersedak susu ketika dia terlelap.

Lebih menakutkan, wanita itu berkata ia berlaku ketika bayinya baru berusia dua minggu.

by.PNG


"Teringat bayi saya yang tersedak susu, umur baru dua minggu. Saya tak tahu saya terlelap. Masa tu pukul 3 pagi. Tapi suami saya ada kat dapur masa tu.

"Kemudian dia secara tiba-tiba tersedak. Biru (muka anak), tiada tindak balas," kongsinya menerusi TikTok.

Dalam situasi getir itu, dia dan suaminya terus memanggil nama anak mereka sambil menepuk kakinya.

Akhirnya, tindakan pantas itu menyebabkan anak mereka kembali sedar dan memberi tindak balas.

"Suami saya tepuk tapak kaki dia banyak kali dan panggil nama dia. Tiada tindak balas. Ayat suami saya, dia dah pergi.

"Saya panggil nama dia macam orang gila ya. Suami saya teruskan tepuk tapak kaki kuat-kuat dan cakap baby menangis, baby menangis.

"Anak kami beri tindak balas. Sumpah saya fobia," cerita wanita itu lagi.

Kini, anaknya sudah berusia tiga tahun enam bulan, namun dia masih fobia untuk menimang cahaya mata.

Di ruangan komen, beberapa wanita turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

"Anak saya muntah, tersedak susu, badan dah kejung. Saya terus tepuk belakang badan dia kuat-kuat, terus dia muntah, baru sedar dan menangis.

"Samalah, masa pantang anak nombor dua, dua kali dia tersedak sampai keluar dari hidung. Saya tepuk-tepuk atas bahu, dia nangis.

"Anak pertama saya dulu pun pernah biru tersedak air liur," kongsi beberapa netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TeropongThaico 13-2-2025 06:31 PM
Kes tersedak susu ni disebabkan susu botol le kan...
Kes makin menjadi2 skrg. Seram pula dengar

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.139136 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top