CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Christy Ng Sediakan Surau Selesa Buat Staf Beragama Islam

13-2-2025 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28254| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-13 004128.png


Pengasas jenama kasut dan beg popular, Christy Ng menjadi perhatian ramai apabila menyediakan surau selesa buat staf yang beragama Islam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Christy berkata dia memahami ruangan solat yang selesa diperlukan untuk pekerjanya melakukan ibadah.

Namun, apa yang menjadi perhatian Christy bukan saja menyediakan ruangan solat yang selesa dan besar malah dihias dengan cantik.


“Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap. Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik. Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar. Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia.

“Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?” katanya.

Menurut Christy dia tidak sampai hati melihat sebelum ini pekerjanya menunaikan solat di satu bilik namun perlu menunggu giliran dan berhimpit apatah lagi pekerja semakin bertambah.

“Sebelum ini, semua staf solat di dalam sebuah bilik kosong ini tapi bilik ini menjadi lebih sempit apabila saya mempunyai pertambahan staf.

“Sampaikan ada yang kena tunggu giliran untuk solat. Saya juga tak sampai hati tengok mereka berhimpit,” katanya.

Dalam pada itu, Christy berharap agar inisiatifnya itu dapat membantu syarikatnya menjadi lebih diberkati dan meluahkan rasa lega apabila sudah menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

“Bila surau pun dah siap, jadi tak salah untuk minta mereka doakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Biar kita semua berada di bawah lindungan-Nya.

“Kewajipan saya sebagai seorang majikan sudah pun ditunaikan, kini tinggal kewajipan masing-masing pula. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja ya,” katanya.


Sumber - Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-2-2025 01:33 AM
Tapi betul ke dulu2 ada kes jugak kan owner CN dgn staff2 dia? Ke aku salah org
Quote epal21 13-2-2025 10:18 PM
Cantik suraunya. Alhamdulillah, semoga staff selesa bersolat.
Quote razfira0707 14-2-2025 11:41 AM
Perawankota replied at 13-2-2025 01:33 AM
Tapi betul ke dulu2 ada kes jugak kan owner CN dgn staff2 dia? Ke aku salah org

dengar cite dia dah improve, dah jaga kebajikan staff. mana yg baik kita puji la ye
Quote kepompong 14-2-2025 01:00 PM
Gelemer elok je branding walau tkde dana
Quote Perawankota 14-2-2025 09:49 PM
razfira0707 replied at 14-2-2025 11:41 AM
dengar cite dia dah improve, dah jaga kebajikan staff. mana yg baik kita puji la ye

Oooo begitu.. tapi tgk sekarang nampak sportingla dgn kawan2
Quote hiswife 15-2-2025 06:48 AM
Bagusla.. BTW design sandals yg lama2 lagi cantik. Pls bring back old collections
Quote Tihafi 27-2-2025 03:09 PM
hiswife replied at 15-2-2025 06:48 AM
Bagusla.. BTW design sandals yg lama2 lagi cantik. Pls bring back old collections

Betul. Yg lama2 lawa. Pastu tahan. I ada beli tahan 2 tahun takde menggelupas. Lg satu dulu ada saiz besar skang alahai takdeee. Kaki i dahla saiz jantan.
Quote maysay 28-2-2025 11:05 AM
yang bagus kita puji Alhamdulillah
Quote wafeloren 3-3-2025 08:15 AM
Perawankota replied at 12-2-2025 05:33 PM
Tapi betul ke dulu2 ada kes jugak kan owner CN dgn staff2 dia? Ke aku salah org

Dia mebi dah sedar dah kot x guna nk racist sngt dengn org melayu kt malaysia ni. Dah bnyk dah founder2 yg lyn pekerja melayu elok2 bisness boom. Founder melayu harap appreciate sikit jgn nk byr dengan ikhlas je
Quote nanasno 6-3-2025 11:47 AM
dia upload restock pantry dia sempena remadhon ni. banyak gilaaa barang dia restock. sampai pakmatwestern pun ada, barang basah pun ada. orang ofis die keje 24 hours ke. tido opis ke
Quote Daisy2324 8-3-2025 05:04 AM
Very the understanding
Quote toynme 10-3-2025 04:27 PM
nanasno replied at 6-3-2025 11:47 AM
dia upload restock pantry dia sempena remadhon ni. banyak gilaaa barang dia restock. sampai pakmatwe ...

ada yang stay buat live 3 4 pagi
siap vitamins semua siap stock pantry dia

barang2 dia bnyk tiru high end design kan
and tak pricy sangat
boleh la nak melawa designer beg tapi brand CN

suka kasut dia btw yang old design tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040840 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top