CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kor Ming, Loke sepakat mahu DAP jadi pilihan popular masyarakat berbilang kaum

12-2-2025 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31551| Komen: 10|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-12 224016.png


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke sepakat berganding bahu bagi membina parti berbilang kaum yang kukuh, stabil, cekap dan bersih, sekali gus menjana sinar harapan baharu buat rakyat.

Kesepakatan itu jelas kelihatan menerusi satu hantaran di Facebook Kor Ming yang memuat naik gambar beliau menikmati makan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama Loke dalam satu pertemuan malam tadi.

Hantaran itu berserta kapsyen dalam bahasa Melayu dan Cina, memperlihatkan mesej politik yang jelas bahawa keduanya kekal sehaluan.

Menurut hantaran itu, Kor Ming berkata, meskipun peranan mereka berkembang mengikut masa, ikatan persahabatan antara kedua-duanya tetap tidak goyah dan beliau komited terus menyokong Loke sejak Menteri Pengangkutan itu memegang jawatan sebagai setiausaha agung.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menyifatkan pertemuan berkenaan mengimbas kembali persahabatan kedua pihak yang menjangkaui lebih 20 tahun sejak beliau menamatkan pengajian di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada 1997 dan Loke yang menyempurnakan kursus ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Yang saling berubah (ialah) jawatan, yang kekal sama pula adalah persahabatan sejati dan semangat setia kawan kita berdua. Sehati, senada, sejiwa," katanya.

Kor Ming juga menjelaskan, ketika makan malam semalam, beliau dan Loke mencapai kata sepakat untuk berganding bahu membina DAP ke arah lebih stabil, baik dan kukuh.

"Kami juga berazam menjadikan DAP pilihan popular masyarakat berbilang kaum Malaysia.

"Sehubungan itu, kami juga bersetuju akan cekal terus membantu kerajaan perpaduan merealisasikan aspirasi Malaysia Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Era keemasan kebangkitan Malaysia kini sudah tiba, misi negara memerlukan usaha keringat setiap kita.

"Perpaduan, kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara wajib kita bela dan jaga bersama," katanya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dan komen termasuk daripada beberapa pemimpin utama DAP seperti Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii serta beberapa lagi.

DAP tidak lama lagi akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), yang dijangka berlangsung 16 Mac ini.

Melalui sistem pemilihan parti, perwakilan akan terlebih dahulu memilih 30 ahli untuk menyertai CEC sebelum anggota badan berkenaan menentukan jawatan kepemimpinan utama.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 12-2-2025 10:51 PM
"Kami juga berazam menjadikan DAP pilihan popular masyarakat berbilang kaum Malaysia.”

Dah terlambatttttt
Quote Minami2013 12-2-2025 11:07 PM
Dulu ok, skrg ko.
Quote tungkai 12-2-2025 11:21 PM
Kenapa Steven Sim dilantik pengerusi DAP bukannya Ram Karpal walaupun undi dia paling banyak??
Quote white_musk 13-2-2025 12:09 AM
Sebab tak sama warna kereta ke?
Quote DARSITA 13-2-2025 01:40 AM

Kenapa ya tak ada politician Melayu muda yang seberani mcm Ngar kong meng?
Quote Orenn1 13-2-2025 05:15 AM
tungkai replied at 12-2-2025 03:21 PM
Kenapa Steven Sim dilantik pengerusi DAP bukannya Ram Karpal walaupun undi dia paling banyak??

Oh iye ke? Ram karpal tu jenis doesnt put up w nonsense
Quote Isninselasarabu 13-2-2025 05:17 PM
Due2 ekor ni jd menteri baham pitih dkt putrajaya tu... Byk proksi behind diorang..
Quote miss_white 13-2-2025 05:55 PM
Cepat lah ko berambus dari putrajaya
Quote clueless_gamer 14-2-2025 04:18 AM
makin ramai dah sedar kena tipu sebelum ni.. mmg korang sekarang rancak dicaci disegenap lapisan masyarakat dalam negara ni.. tahniah ye tokey
Quote lurve82 14-2-2025 08:31 AM
Sorry no sorry

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.365650 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top