CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera ketagih tengok porno, isteri derita jarang kena sentuh

12-2-2025 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7699| Komen: 7|Original author: Raline

Perhubungan jarak jauh atau PJJ dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin bukan perkara baharu, biasanya disebabkan suami atau isteri perlu bekerja di luar kawasan.

Ada pasangan hanya dapat bertemu pada hujung minggu, sebulan sekali atau untuk satu tempoh lain yang lebih panjang.

Bagaimanapun, hubungan jarak jauh yang tidak diuruskan dengan baik bukan sahaja memberi kesan terhadap hubungan suami isteri, malah kesihatan fizikal dan mental juga boleh terjejas.

df.PNG


Seorang isteri melahirkan hasrat untuk berpisah kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya sejak mereka berjauhan.

"Saya isteri kepada anggota tentera yang baru mendirikan rumah tangga sekitar dua tahun lebih, mempunyai seorang cahaya mata dan kami PJJ.

"Boleh ke saya meminta berpisah atas sebab suami saya banyak kali 'kantoi' WhatsApp lucah dengan kawan-kawan lelaki seperti contoh 'nak cari janda' sedangkan kami PJJ. Bila balik suami jarang sentuh saya," luah wanita berkenaan di sebuah grup di laman Facebook.

Selain 'isu' berkenaan, wanita itu juga mendakwa suaminya pernah membuat panggilan video dengan perempuan lain sambil berbogel tetapi ketika itu mereka berdua dalam tempoh bertunang.

"Setiap kali saya kata nak bercerai dia akan cakap hak penjagaan anak akan dapat dekat dia. Suami saya juga sangat kurang ajar dengan mak saya dan selalu bergaduh dengan saya depan mak.

"Kalau depan mak dia, dia takut nak bergaduh dengan saya, tiba-tiba jadi lembut dekat rumah mak dia," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan suaminya berdepan masalah ketagihan pronografi dan memerlukan rawatan.

Selain itu ada juga yang menasihatkannya supaya membuat aduan kepada pihak atasan.

"Ketagihan porno ni dah jadi satu penyakit mental dan sampai satu tahap ada yang perlukan rawatan. Tapi selagi tuan badan tu sendiri menafikan memang susah nak rawat. Cuba bincang baik-baik dulu.

"Saya anggota tentera, kalau untuk kes ni kamu boleh pergi pejabat agama pasukan dia, berjumpa dengan ustaz atau ustazah, buat aduan.

"Awak pergi kem jumpa atasan suami awak. Ceritakan semua masalah yang awak hadapi. InsyaAllah mereka boleh bantu," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 12-2-2025 03:06 PM
"Ketagihan porno ni dah jadi satu penyakit mental dan sampai satu tahap ada yang perlukan rawatan.


penyakit yg tak nampak di mata kasar.. yg byk menyakiti batin isteri...
Quote prince_marhaen 13-2-2025 09:41 AM
spill video VC bogel tu...acik2 forum nak kaji..
Quote seri_mawr 13-2-2025 09:48 AM
kalau badan berunifrom pi je report dekat atasan mereka..t
Quote Orion_Onion 13-2-2025 12:33 PM
seri_mawr: kalau badan berunifrom pi je r ...


Berkesan ke...

Klu atasan pun dua kali lima tak guna macam mana
Quote Kitty_catz 13-2-2025 06:28 PM
orang kata hat suka nengok poron bagai ni  selalunya, bukan semua berbahasa rempit, berotak sempit

orang kata, bukan meols kata tau


Quote Gokuuu 10-3-2025 08:44 AM
Dari bertunang ko dah nampak red flag dia ber vc bogel dgn org lain kan means dia mmg suka benda2 melucah ni

Tp tu la sebab ikut hawa nafsu syg kan nak juga tarah kahwin.

Dia dah ada akaun dark side tu..agaknya dah berzina dgn jalang2 dlm group tu ..tu tgk ko pon x selera dah.

Tentera ka pulis ka..kastam ka..banyak taik je
Quote ina_na 11-3-2025 12:03 AM
Kwn iolss Ade je yg berskandal gan askar,kastam...yg iolss x leh hadam berat dia lebih 120kg...katanye tuk test market...iolss x tau nk ckp pe la....dah 4s..dah  nk monopos lg nak test market...tinggi sungguh level confident dia...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.194668 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top