CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul bakal juara AJL39?

12-2-2025 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11701| Komen: 22

 

Penyanyi, Aina Abdul yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) menerusi lagu Puas Sudah dipilih sebagai calon juara anugerah berprestij itu menerusi undian versi media sosial.

Menerusi undian yang berlangsung dari 6 Februari hingga semalam, hampir 30,000 peminat menunjukkan sokongan terhadap penyanyi itu.

Undian itu dijalankan di Instagram rasmi TV3 di ruangan Instagram Story.


Tinjauan tidak rasmi yang dilakukan di platform media sosial Instagram TV3 itu menunjukkan gelombang sokongan luar biasa terhadap penyanyi berbakat ini.

Perbincangan hangat dalam kalangan peminat muzik tanah air turut mengangkat Aina sebagai calon paling layak untuk membawa pulang trofi AJL39 berdasarkan keunikan vokalnya, persembahan yang bertenaga, serta kekuatan lagu yang dipersembahkan.

Bagaimanapun, pemenang AJL39 tetap bergantung kepada sistem pemarkahan juri profesional yang menilai aspek teknikal dan artistik sesebuah persembahan.

Namun, trend undian dan sokongan di media sosial sering menjadi indikator kepada populariti dan penerimaan sesebuah lagu dalam kalangan peminat.


Sebanyak 10 buah lagu bakal bersaing iaitu Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah, Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), Amir Masdi (Sengaja), Akim and The Majistret (Saksama), Hafiz Suip (Bersinar) dan Masdo feat Aisyah Aziz (Pujaanku).

Marsha Milan (Hening Rindu), Ernie Zakri (Aura), Hael Husaini (Diam), Benzooloo, Ghidd Isabatos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique (Risiko).

Malam kemuncak AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann yang akan berlangsung Ahad ini bermula jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 12-2-2025 02:58 PM
tak dak orang len ke
Quote per706 12-2-2025 02:59 PM
Igt Kak Nita tadi
Quote sharlenetexas 12-2-2025 03:02 PM
Ada la nmpk mcm kaknita skit.


Quote lolipopmanish 12-2-2025 03:05 PM
Bosannya
Quote Aneem 12-2-2025 03:20 PM
Perangai fantaik buatkan aku meluat kat yenna
Dia pun diam tak berkutik bila fantaik mengauk kacau rakan retis lain
Baghal
Quote ayukpingu 12-2-2025 03:22 PM
masih relevant ke?
Quote harkktuih 12-2-2025 03:24 PM
bosan yer AJL sekarang..
Quote toynme 12-2-2025 03:25 PM
lagu ape
hehe
Quote princessmiang 12-2-2025 04:44 PM
Pondensyen memang laaaa undi free..cuba ko suruh bayar..sebab pondansyen semua sengkek
Quote alesandra 12-2-2025 04:53 PM
tiberr ecah aziz,masdo yg menang.baru kau tauu
Quote jihah_kudat 12-2-2025 05:48 PM
alesandra replied at 12-2-2025 08:53 AM
tiberr ecah aziz,masdo yg menang.baru kau tauu

itu takpe lagi sekali mk and the geng yang menang..
Quote mamapea 12-2-2025 07:17 PM
Edited by mamapea at 12-2-2025 07:19 PM

Juara lagu thn ni aku tau lagu nadeera je...tu pun sbb curang tanpa niat...masdo pun ada...slalu dengar kt radio...lagu lain lgsg aku x pernah dengar..lagu² aina pun aku dh x dengar...bosan...terjerit2 jer...bingit...
Quote Perawankota 13-2-2025 01:06 AM
Aku pilih Nadeera or amir or hafiz…
Quote amyfaha 13-2-2025 03:07 AM
Jerit jek keje dia ni. Bingit
Quote kakakmanis 13-2-2025 12:57 PM
Iols tak kisah siapa yang menang asalkan bukan aina abdul. Di telinga iols, suara dia bingit. Nadeera pun sama. Bingit! Dua dua ni jangan lah menang.
Quote JoyahMengayah 14-2-2025 02:35 AM
Ok ok ko boleh  nyanyi dek.. teknik semua ada tapi lagu2 letopz yg menangkap kureng. Sampai bila ye buat lagu kater utk masuk final AJL je?
Quote Shaheeran 14-2-2025 05:39 PM
Props je lebih. Suara dia bingit, yes. Cuba la normal sikit.
Quote woven11 14-2-2025 05:50 PM
Bosannye lagu2 dia ni.. tak ade yg memorable.. semua template lebih kurang jah.. diam lagi layak menang
Quote Kuin-Kepam 17-2-2025 10:01 AM
Meleset juger cam JahLop

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.099258 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top