CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Popular tak bermaksud saya perlu toleransi orang biadab’ - Intan Najuwa

12-2-2025 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8514| Komen: 0

 


Berang dilabel ‘bitter’ atau mudah sentap, pelakon Datin Intan Najuwa tampil mempertahankan diri sekali gus tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu biadab yang suka mengecam.

Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menegaskan menjadi tumpuan ramai tidak bermakna dirinya harus menelan kutukan tanpa asas.


“Awak fikir saya akan senyap dan biar orang berkata apa-apa mengenai saya? Ini bukan fasal jadi ‘bitter’ (negatif) atau kekal dalam kelas tersendiri.

“Saya adalah seorang wanita dan seorang ibu, tiada sesiapa yang patut melalui apa yang saya hadapi sekarang.

“Orang-orang ini perlu berhenti tidak menghormati individu lain. Meskipun saya tumpuan umum tidak bermakna saya perlu bertoleransi dengan sikap biadab.

“Jika ini terjadi 13 tahun lalu, saya akan kekal senyap tetapi sekarang saya sudah dewasa dan perlu mempertahankan harga diri,” katanya dalam InstaStory.

Pada masa sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menasihati wanita lain untuk menghadapi segala perkara negatif dengan lebih tenang.

“Sekiranya awak melalui perkara sama dengan saya, jangan tertekan.

“Orang akan tetap bergosip dan cakap perkara negatif kerana mereka tidak gembira tetapi jangan risau. Jom pergi studio pilates, ambil kopi serta bergembira dengan kehidupan bersama orang tersayang.

“Sebarkan cinta dan perkara positif sahaja, tiada tempat untuk benda negatif di sini,” ujarnya lagi.


Intan memberikan kenyataan tersebut selepas seorang individu mendakwa dirinya ‘bitter’  kerana sering membalas komen-komen jahat netizen. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.026893 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top