CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Peminat Berbalah Dengan Agama Yang Dianuti Mary Grace, Juara CSOIAM

12-2-2025 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25016| Komen: 2|Original author: Raline

Screenshot 2025-02-11 231536.png


Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan oleh TikTok @F8buzz mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat mengenai agama yang dianuti oleh Mary Grace, juara CSOIAM. Dalam video tersebut, Mary akhirnya menjelaskan bahawa dia telah memeluk agama Islam beberapa bulan selepas ibunya mengambil keputusan untuk berbuat demikian.


Namun, satu perkara yang menarik perhatian ramai ialah Mary tidak menukar namanya selepas memeluk Islam. Menurutnya, nama tersebut diberikan oleh mendiang bapanya dan dia mahu mengekalkannya sebagai tanda kenangan. Dia juga menegaskan bahawa keputusannya untuk memeluk Islam adalah atas kehendak sendiri, bukan kerana paksaan sesiapa.

Perbincangan semakin hangat di ruangan komen apabila ada yang cuba menjelaskan bahawa di Sabah, ramai mualaf yang tidak menukar nama asal mereka selagi maknanya baik.

“Banyak je orang Sabah masuk Islam tapi tak tukar nama, yang penting hati dan amalan,” tulis seorang netizen. Ada juga yang berpendapat bahawa perkara ini seharusnya dihormati kerana ia adalah keputusan peribadi seseorang.

Screenshot 2025-02-11 231739.png


Bagi Mary, dia kini dalam proses mendalami agama Islam secara perlahan-lahan. Peminat dan netizen diharap dapat terus memberikan sokongan kepadanya tanpa mencetuskan perdebatan yang tidak perlu. Lagipun, yang penting adalah keikhlasan hati, bukan sekadar perubahan nama semata-mata.

Juara CSOIAM

Mary Grace, ternyata bintang yang satu dalam sejuta!!!! Selepas 8 minggu penuh aksi dan persaingan sengit, lebih 2,500 menyertai uji bakat, dan momen-momen spektakuler yang tidak terhitung jumlahnya, Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) secara rasmi menobatkan Mary Grace sebagai juara terbaharu!

Screenshot 2025-02-11 231814.png

Dalam sebuah pentas akhir yang penuh debaran dan kehangatan, Mary Grace memikat hati jutaan penonton di seluruh Malaysia dengan vokal luar biasa, persembahan memukau dan bertenaga, dan aura bintang yang tiada tandingan, dan seterusnya membawa pulang hadiah RM1 juta yang diidamkan.

CSOIAM telah mencetuskan fenomena besar dan luar biasa dalam dunia hiburan tanah air! Pertandingan epik yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton ini telah menawan hati jutaan penonton, konsisten mendominasi carta teratas dalam trend media sosial, dan menarik lebih daripada 8 juta tontonan, sejak episod pertamanya disiarkan.

CSOIAM lebih daripada sekadar pertandingan muzik, ia adalah platform impian yang mengangkat bakat-bakat luar biasa ke pentas tertinggi. Sebagai pertandingan muzik terbesar dan paling mendebarkan di Malaysia, ia terus memikat perhatian peserta dan penonton.

Dengan penglibatan yang luar biasa dari peminat, program ini bukan sahaja menjadi fenomena media sosial tetapi juga acara hiburan paling hangat diperkatakan tahun ini. Kehangatan pertandingan ini mencapai kemuncaknya dengan sokongan padu peminat dalam mengundipeserta kegemaran mereka dan turut serta dalam pelbagai peraduan eksklusif, menjadikan CSOIAM satu fenomena yang menggegarkan!


Sumber : murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 12-2-2025 10:56 AM
Quote Farnor 12-2-2025 04:05 PM
Yelah.. My arwah mom n my lengzhai pun tak tukor nama bila dah jd convert.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.255150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top