CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Akui Diri Tak Kuat, ‘Respect’ Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu - “Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri"

12-2-2025 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23836| Komen: 3|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 233801.png


Pelakon Datin Intan Najuwa mengakui sukar untuk menguruskan anak seorang diri tanpa pertolongan daripada pembantu.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Intan berkata dia kagum dengan golongan ibu yang boleh menjaga anak tanpa pembantu serta menyifatkan mereka wanita kuat.


“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat. Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.

“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata meskipun mempunyai pembantu namun adakalanya keadaan huru hara sehinggakan jika anaknya menangis, dia pun akan menangis sama.

“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana. Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik. Sampai lupa nak buat apa,” katanya.

Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa syukur diberikan rezeki untuk mengupah pembantu bagi memudahkan urusannya sebagai ibu.

“Sebab itu saya pelik namun kagum dengan mereka yang mampu jaga anak tanpa pembantu. Namun, semua ini bukan ada kena mengena dengan kekayaan, alhamdulillah ada rezeki untuk miliki pembantu. Yang bantu saya ramai tetapi ini pun sudah pening dan nak gila, rambut hampir nak botak,” selorohnya.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 12-2-2025 04:33 PM
Peghak nye laaaa, blanket baby nak ber H H bagaiii.
Dia ni semua nak tunjuk kan? Terus nmpk cheap.
Quote keretapilaju 12-2-2025 04:35 PM
Orang lain terpaksa kuat sebab tak mampu amek maid
Quote papadomku 12-2-2025 05:44 PM
U all terlebih mampu,bolehla cakap gitu. Org tak mampu, terpaksala nak tak nak hadap la sensorang tanpa helper

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.030073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top