Umum mengetahui, selebriti popular Noor Neelofa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 yang jatuh pada tanggal 10 Februari.
Sempena ulang tahun kelahirannya itu, ibu tercinta, Datin Noor Kartini menitipkan doa agar anaknya menjadi seorang pendakwah tersohor di seluruh pelosok dunia.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Datin Kartini turut menyatakan betapa dia beruntung dikurniakan zuriat seperti Neelofa dan adik beradik yang lain kerana sentiasa membahagiakan dirinya.
Sementara itu, Datin Kartini juga turut mendoakan agar cucu-cucunya menjadi seorang hafiz al-Quran yang tersohor.
“Mama doakan Love jadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia dan Bilal menjadi hafiz al-Quran, wali ,maulana, sheikh bilal yang tersohor di seluruh pelusuk dunia. amiiin,” tulisnya.
Untuk rekod, Neelofa telah dilahirkan pada 10 Februari 1989. Pelakon dan pengacara itu mendirikan rumah tangga dengan pendakwah terkenal, PU Riz. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.
Sumber : Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|