CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Akan Qada Solat Sehingga Ke Akhir Hayat” - Nora Danish

12-2-2025 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25945| Komen: 34|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 234428.png


Pelakon Nora Danish berkongsikan dia sedang giat membayar ‘hutang’ solat fardu yang pernah ditinggalkan secara sengaja atau pun tidak sebelum ini.

Memetik mStar Online, Nora berkata sebaik saja selesai solat fardu dia akan melakukan qada solat dan pernah menangis kerana rasa terlalu letih.

“Rasanya saya banyak tinggalkan solat sejak akil baligh. Jadi apa saya lakukan adalah setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada.

“Contohnya, Zohor empat rakaat kemudian selepas selesai saya tambah lagi empat rakaat solat qada.

“Pada awal saya buat solat qada itu saya menangis sebab rasa penat sangat! Saya hanya mampu mengadu kepada Allah.

“Tapi lama kelamaan jadi ketagih nak langsaikan semua hutang solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini,” katanya.


Sementara itu, Nora berkata hidupnya kini lebih tenang dan reda setiap kali menghadapi ujian dari Allah. Malah, Nora berazam akan terus melakukan solat qada sehingga ke akhir hayatnya.

“Kalau dulu mungkin setiap kali diuji kita akan lebih beremosi tetapi sekarang saya serahkan semuanya kepada Allah. Insya-Allah saya akan lakukan qada solat sehingga ke akhir hayat saya. Selamanya,” katanya.



Sumber : mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 12-2-2025 08:17 AM
Alhamdulillah..syahdu dgr..ai pon byk solat tggal dan xpenah lak nak ganti..truskan sebarkan benda baik mcm ni..moga2 terjentik kat hati ai jugak nak istiqomah
Quote lasagna 12-2-2025 08:52 AM
alhamdulillah.. sikit sbyk mengajar kita juga utk solat qada'
moga istiqomah, insyaAllah amin.
Quote anakpakmaun 12-2-2025 08:58 AM
bagusnya ND..semangat aku baca..byk pahala ND bagi motivasi qadha solat
Quote Mamajiyem 12-2-2025 09:47 AM
Alhamdulillah..
Quote jlo 12-2-2025 10:11 AM
Alhamdulillah...
banyak ni nak kene qada..bole start dah
Quote ketambangkang 12-2-2025 12:20 PM
masa MCO lama dlu dpt la jgk buat mcm tu..bile dh start keje balik x buat dh..hrp dpt semangat mcm ND jgk
Quote annadonna 12-2-2025 01:12 PM
Pasal tu badan jgn gemuk sgt. Org klu sgt gemuk mmg susah nak solat. Ada yg mengaku malas terus sebab tak larat angkat badan. Klu badan kecik rasa ringan and senang je nak ibadah.
Quote toynme 12-2-2025 03:26 PM
saya pun sama
mari la istiqomah
Quote tri-max 12-2-2025 04:42 PM
ni la kisah paling bermanfaat dlm thread artis & gossip
Quote alaa 12-2-2025 05:51 PM
yelah. up to you lah.
Quote naina 12-2-2025 07:18 PM
Benda2 ibadah ni takyah kencang sgt cerita..diam2 je jadi contoh. Kalau sndiri bukak cerita susah nak istiqamah nanti
Quote Skyline_84 12-2-2025 07:44 PM
trpaling.
Quote sharlenetexas 12-2-2025 07:45 PM
Semoga istiqamah.

Quote TeropongThaico 12-2-2025 07:52 PM
Alhamdulillah
Malu lak rasanya sbb aiol ni pun bknnya suci morni sgt
Semoga jd penguat semangat
Quote ninja boy 12-2-2025 09:31 PM
Edited by ninja boy at 13-2-2025 07:42 PM

Baguslah gitu, sbb kita2 semua terlalu sibuk dgn kerja suami bini anak mertua parent kerja sampai banyak perkara2 tertinggal solat puasa zakat,  bila ada masa yg banyak gunakan masa itu utk beribadah dgn tenang ganti apa yg tertinggal puasa ka zakat ka solat ka, 5 perkara sblm 5 perkara gituh. Al Quran pun kata jangan dunia harta dan anak2 itu membuatkan kamu leka tinggal solat camtu la, nak berkompang lantak la dia, isi masa buat terbaik semasa byk masa, org lain ramai ja tertinggal solat pun akan sedar akan turut ikut qadak solat
Quote noor2 12-2-2025 09:35 PM
Knp perlu nk bgtau pada manusia?. Niat dgm Allah dlm hati pun Allah dgr...berjanji sajalah dgn Allah.
Quote s@s@ 13-2-2025 11:49 AM
semoga istiqomah
Quote Incanto 13-2-2025 11:59 AM
respek ND

tak ramai org mengaku  bnyk tinggal solat

lagi ramai tk bother nak qada
Quote krustykrab 13-2-2025 12:15 PM
naina replied at 12-2-2025 07:18 PM
Benda2 ibadah ni takyah kencang sgt cerita..diam2 je jadi contoh. Kalau sndiri bukak cerita susah na ...

Dia ni mmg cenggini dari dulu. Kalau bab beribadah habis dicanang satu dunia
Rasanya lebih baik sheols jauhkan diri dari dunia hiburan & media sosial terus.
Ni cakap pasal itu ini, tapi mekap still tak boleh tinggal. Bergaya depan kamera tayang kat satu dunia pun masih tak boleh tinggal.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top