CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Jam Disoal Siasat SPRM, Ziana Zain Bukan Suspek Hanya Bantu Siasatan

12-2-2025 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24694| Komen: 17|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 234711.png


Penyanyi Ziana Zain menjelaskan dia hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasua (SPRM) pada Khamis lalu bukan sebagai suspek.

Memetik mStar Online, Ziana berkata dia hanya membantu siasatan serta menjelaskan peranannya sebagai duta syarikat kewangan yang kini dalam siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

“Pihak SPRM pun ada beritahu saya dipanggil untuk membantu dan menjelaskan saya bukan suspek.  Ketika siasatan mereka tanya berapa lama mengenali dan buat apa (dengan syarikat tersebut) itu saja. Jadi saya beritahu saya dalah duta, menyanyi dan selebihnya hanya berbual,” katanya.


Disoal siasat selama tiga jam, Ziana berkata siasatan tersebut sudah pun selesai sepenuhnya dan dia menyangkal kononnya menerima bayaran mencecah RM400,000.

“Yang dilantik jadi duta ramai, jadi ‘belanjanya’ pun besar, kadang-kadang jumlah itu bukannya kita dapat semua. Tapi Alhamdulillah, bahagian saya dan duta-duta lain sudah pun selesai tapi dari segi siasatan selanjutanya saya tak tahu,” katanya.

Sementara itu, Ziana berkata siasatan tersebut tidak mengganggu kerjaya seni serta tidak menyangka buat pertama kali berdepan siasatan pihak berkuasa biarpun sebelum ini sudah banyak kali menjadi duta.

“Ini kali pertama saya berdepan situasi begini. Kata orang, dalam berbelas-belas (kali) yang kita pernah jadi duta, kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.

“Kita ini hanya tahu secara permukaan sahaja dan tak tahu apa di sebalik syarikat itu. Bagi saya, mereka (syarikat terbabit) juga masih dalam siasatan, jadi tidak boleh terus tuduh mereka bersalah atau tidak. Pada masa akan datang, saya juga tidak akan tahu,” katanya.


Sumber : mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JoyahMengayah 12-2-2025 07:20 AM
Punciakk kasih kitaaa...redangnya oh seketikaaa
Quote adeqbun 12-2-2025 08:00 AM
adoi..mcm malu lak tgk die pakai baju blink2 silver tu...melekap teruk ikut alur bdn
Quote marchikobonzo 12-2-2025 09:54 AM
Dah obvious sangat dah muka dia
Quote pisanggoreng 12-2-2025 10:45 AM
99dda950b13123c119d4449474f27a50.jpg
Quote freyayong 12-2-2025 11:51 AM
hari tu tgk kat tt leher dah kedut dah.. baiklah pakai tudung biasa cover leher tu..
Quote A-Are 12-2-2025 11:59 AM
cantik makeup zz
Quote Thunderclouds 12-2-2025 12:11 PM
Kaka jena kongsi duktur ngn AZ ka? Tanya jurrr
Quote irvene 12-2-2025 12:15 PM
ya tuhan. takot tgk gambar first tu. muka ye tegang kasi edit. leher mengendur teruk
Quote HappyGumbira 12-2-2025 12:29 PM
irvene replied at 12-2-2025 12:15 PM
ya tuhan. takot tgk gambar first tu. muka ye tegang kasi edit. leher mengendur teruk

Iols plak perasan tangan dia adesss
Quote annadonna 12-2-2025 01:09 PM
Klu jumpa dorang jalan-jalan kat bangsar village semua pakai tudung mcm biasa. Mcm makcik makcik je kat luar ziana ni. Sama la mcm aina. Hari tu pergi konsert ernie dia pakai baju mcm budak universiti je. Tapi bila dorang muncul tv kena lah glamor sikit. Bak kata ramli ms good tv. Netizen tak payahlah meratib pasal baju dorang. Korang kisah sgt apa dorang pakai dah kenapa??? Mcm cilaker.
Quote missbigrockstar 12-2-2025 03:15 PM
Baju leopard tu kenapa pelik kembung2 kat dada
Quote mrseller 13-2-2025 09:37 AM
Makin tua makin berdiva dia nih. Patut tewas dkt mak iti waktu peak dulu
Quote cmf_premierleag 13-2-2025 10:45 AM
Hodohhhhnyaaa jena jen ni...yihhhh sgt dah kertu2 pakai baju tp nmpk mcm berbogel
Quote 3chanceno 13-2-2025 10:23 PM
Edited by 3chanceno at 13-2-2025 10:25 PM

Awat meols tengok muka jena jen nie kat gambar no.1 dah cam lina pompom?

Dlm kes nie, kalau depa dah terima bayaran untuk jadi duta  & kampeni nie terlibat dlm kes polis, pulangkan wang tu. Cam kes wanmmdeebb tu, retis2 holiwud pulangkan barang2 & wamg fah diterima.   Tapikan tu retis holiwud lah.....

..
Quote sharlenetexas 13-2-2025 10:27 PM
Baju rimau bintang tingginya korset nyah


Quote sharlenetexas 13-2-2025 10:28 PM
Harap bila dah tua tak jadi mcm muka nekmah.


Quote Manusiabesa 14-2-2025 12:51 AM
Terbahak2 dari awal smpai abih, 2jam podcast dia dgn zarul kt utube haha lol. Host plk add on si lembut sorg tu apa nama nth.. klakar2 smua.. zz rupanya klakar abis... penceritaan dia 2thun as stewardess mas. Haha adoyyai xkering gusi. 2jam bole fokus xrasa yawning. Rupanya character zz ni best

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top