![]()
Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Threads, dia mendakwa hidupnya hancur selepas suaminya berkahwin dengan isteri kedua. Kata wanita itu, pada awalnya dia menerima keputusan suaminya untuk berkahwin lagi dengan hati terbuka dan selepas hampir setahun hidup berpoligami, keadaan berubah apabila dia mula merasakan dirinya serta anak-anak semakin diabaikan. “Saya sanggup berkongsi kasih kerana percaya suami akan berlaku adil. Tetapi selepas dia berkahwin dengan isteri muda, perhatian dan kasih sayangnya semakin berkurang. Saya dan anak-anak mula terpinggir. “Jika dahulu perkahwinan kami indah dan bahagia, kini seperti neraka apabila penuh dengan keseksaan jiwa dan emosi saya dan anak-anak,” luahnya. Wanita itu juga mendakwa suaminya bukan sahaja jarang pulang ke rumah, tetapi mula mengabaikan tanggungjawab kewangan terhadapnya dan anak-anak, malah bil rumah serta keperluan sekolah dua cahaya mata itu terpaksa ditanggungnya seorang diri. “Dulu, dia seorang suami dan ayah yang penyayang. Tetapi sekarang, dia seolah-olah sudah lupa bahawa dia masih mempunyai keluarga pertama yang memerlukan kasih sayangnya,” katanya. Sumber: Kosmo
|
IzzahF replied at 12-2-2025 11:23 AM
takde maknanya kak, mcm mana la bole caya. laki makin tua nk bgn ppagi pg balik keje hari2 pun makin ...
green~tea replied at 12-2-2025 12:02 PM
Ai pun rasa gini lebih logik and practical.. penat kot nak berkejar sana sini gilir family
IzzahF replied at 12-2-2025 02:05 PM
tu la kan jantan makin tua nk pg keje pun susah nk bgn. inikan pulak nk pg balik pg balik semata2 n ...
IzzahF replied at 12-2-2025 02:05 PM
tu la kan jantan makin tua nk pg keje pun susah nk bgn. inikan pulak nk pg balik pg balik semata2 n ...
sapeka replied at 12-2-2025 07:11 PM
Setuju
Jadi kat kawan
Tapi dia redha
ninja boy replied at 12-2-2025 01:41 PM
Andartu aman2 aja hidup, bini2 org nak cerai kena harung jaga anak sorang2 sambil berkata kembali ka ...
ADVERTISEMENT