Suami mahupun isteri perlu tahu bahawa interaksi mereka dengan individu bukan mahram tidak boleh sesuka hati dan haruslah dalam batas yang wajar. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang isteri meluahkan perasaan sedih apabila mendapat tahu suaminya 'bergayut' dengan rakan wanita dalam tempoh yang lama, atas alasan 'kawan lama'. "Normal ke kalau husband oncall dengan long lost friend daripada universiti dulu? Kawan perempuan. On the phone daripada pukul 11 malam sampai ke subuh pukul 4 pagi," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman Kisah Rumah Tangga. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia sudah menyuarakan rasa kurang senangnya kepada suami, namun lelaki berkenaan bertindak menyalahkannya pula. "Apabila saya beritahu benda tu tak elok dan saya tak selesa, husband saya cakap saya sensitif tak tentu pasal. "Katanya dia cuma nak bagi nasihat dan menjadi pendengar kepada kawan perempuan dia tu," tulisnya lagi. Bagaimanapun wanita berkenaan tidak menceritakan lebih lanjut sama ada suaminya masih mengulangi perbuatan yang sama selepas diberi teguran. Menjengah ruangan komen, ternyata majoriti warga maya berpendapat perbuatan suami wanita tersebut tidak normal kerana bukan sahaja statusnya sebagai lelaki yang sudah berkahwin, tetapi berhubungan dengan rakan berlainan jantina pada waktu yang tidak sesuai hingga berjam-jam lamanya. Malah mereka menasihatkan supaya wanita tersebut lebih berhati-hati kerana dibimbangi suaminya cuba menipu untuk mengelakkan perbuatan curang terbongkar. "Tanda-tanda nak dapat madu. Tak adanya laki kita nak oncall dengan perempuan lain. Baik betul nak jadi pendengar, penasihat. Tolong sis, ambil tindakan segera, jangan biarkan. "Sangat tidak normal. Suami yang baik tak akan melayan kawan-kawan lebih daripada isteri. Kawan perempuan pula tu. Memang ada niat lain tu, sampai berjam-jam sembang. "Bermulanya pintu kecurangan terbuka sebab mendengar luahan la. Laki orang dengar luahan bini orang lain atau sebaliknya. Bukan saya kata, pakar kaunseling rumah tangga yang cakap," demikian antara komen netizen. Sumber: mStar
|
"Bermulanya pintu kecurangan terbuka sebab mendengar luahan la. Laki orang dengar luahan bini orang lain atau sebaliknya. Bukan saya kata, pakar kaunseling rumah tangga yang cakap," demikian antara komen netizen.
Isninselasarabu replied at 12-2-2025 08:52 AM
Mengamuk je sis.. bg die sedar.. ugut je nk tinggalkan suami gitu.. or bg silent treatment... Org la ...
ADVERTISEMENT