CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28021|Reply: 8

Isteri bengang suami dengar masalah kawan perempuan, bergayut sampai subuh

[Copy link]
Post time 11-2-2025 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Apabila sudah berkahwin, perhubungan dengan individu berlainan jantina perlu diberi perhatian dan tidak boleh diambil ringan.

Suami mahupun isteri perlu tahu bahawa interaksi mereka dengan individu bukan mahram tidak boleh sesuka hati dan haruslah dalam batas yang wajar.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang isteri meluahkan perasaan sedih apabila mendapat tahu suaminya 'bergayut' dengan rakan wanita dalam tempoh yang lama, atas alasan 'kawan lama'.



"Normal ke kalau husband oncall dengan long lost friend daripada universiti dulu? Kawan perempuan. On the phone daripada pukul 11 malam sampai ke subuh pukul 4 pagi," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman Kisah Rumah Tangga.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia sudah menyuarakan rasa kurang senangnya kepada suami, namun lelaki berkenaan bertindak menyalahkannya pula.
"Apabila saya beritahu benda tu tak elok dan saya tak selesa, husband saya cakap saya sensitif tak tentu pasal.

"Katanya dia cuma nak bagi nasihat dan menjadi pendengar kepada kawan perempuan dia tu," tulisnya lagi.

Bagaimanapun wanita berkenaan tidak menceritakan lebih lanjut sama ada suaminya masih mengulangi perbuatan yang sama selepas diberi teguran.

Menjengah ruangan komen, ternyata majoriti warga maya berpendapat perbuatan suami wanita tersebut tidak normal kerana bukan sahaja statusnya sebagai lelaki yang sudah berkahwin, tetapi berhubungan dengan rakan berlainan jantina pada waktu yang tidak sesuai hingga berjam-jam lamanya.

Malah mereka menasihatkan supaya wanita tersebut lebih berhati-hati kerana dibimbangi suaminya cuba menipu untuk mengelakkan perbuatan curang terbongkar.

"Tanda-tanda nak dapat madu. Tak adanya laki kita nak oncall dengan perempuan lain. Baik betul nak jadi pendengar, penasihat. Tolong sis, ambil tindakan segera, jangan biarkan.

"Sangat tidak normal. Suami yang baik tak akan melayan kawan-kawan lebih daripada isteri. Kawan perempuan pula tu. Memang ada niat lain tu, sampai berjam-jam sembang.

"Bermulanya pintu kecurangan terbuka sebab mendengar luahan la. Laki orang dengar luahan bini orang lain atau sebaliknya. Bukan saya kata, pakar kaunseling rumah tangga yang cakap," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 01:00 AM | Show all posts
"Bermulanya pintu kecurangan terbuka sebab mendengar luahan la. Laki orang dengar luahan bini orang lain atau sebaliknya. Bukan saya kata, pakar kaunseling rumah tangga yang cakap," demikian antara komen netizen.


true. baik buruk keluarga, jangan cerita kat orang luar.
bak kata pepatah, jangan dibuka pekung didada sendiri.

ni zaman sekarang, sibuk semua nak luahan lah, curhat lah, spill the tea lah, listen dont judge lah, pelik-pelik je.. semua berlumba tayang aib masing2

a shoulder to cry, is the shoulder to ride on, bak kata omputeh

mana akta orang ketiga babi sondol
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengamuk je sis.. bg die sedar.. ugut je nk tinggalkan suami gitu.. or bg silent treatment... Org laki jenis gini bile die hilang isteri baru die sedar langit tinggi rendah.. ape ke bodo suami gini... Biase gitu la depan mate xhargai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 11:06 AM | Show all posts
mula2x pendengarlah...lama2x nanti jadi shoulder to cry. jangan percaya sangat yg suka burukkan pasangan ni sebab yang memburukkan tulah yg buruk perangai sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stuju dgn komen kau...
"yg memburukkan tulah yg buruk perangai sebenarnya".
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 09:28 AM | Show all posts
Isninselasarabu replied at 12-2-2025 08:52 AM
Mengamuk je sis.. bg die sedar.. ugut je nk tinggalkan suami gitu.. or bg silent treatment... Org la ...

yer betul...harukkan sajer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zazama at 13-2-2025 11:42 AM

Inilah yg pernah berlaku pd rakan perempuan iols. Di sebuah kilang mega multinasional jepun yg iols pernah bekerja satu masa dulu. Bini org as an operator, laki org as a technician. Bini org bercerita masalah r/tangga dgn laki org tersebut. Lama2 jatuh sayang, naik lg satu level jatuh cinta, up up lg sanggup panggil laki org 'abang', si bini org sanggup pula gelar diri as 'ayang'. Nauzubillah.. iman kau letak mana? Akal kau tak pakai ke? Sebesar2 dosa kau ni! Kesian kat rakan perempuan iols tu. iols hanya mampu dengar jek.. kita ambil lah sebagai peringatan. Wajib elak!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 06:00 PM | Show all posts
Snyum sinis je bca artikel ni sbb zmn skrg bnyk dh yg cmni x kira llaki ataupn prmpuan pstu nnti bnyk laki org klau kat chatroom, Tinder or FB mngaku single tpi sbnarnya bf/tunang/laki org lain hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 06:00 PM | Show all posts
Isninselasarabu replied at 12-2-2025 08:52 AM
Mengamuk je sis.. bg die sedar.. ugut je nk tinggalkan suami gitu.. or bg silent treatment... Org la ...

Bila bca artikel ni, 2 je tnggapan iol, laki sheol ada hti kat pompuan tu or laki sheol baiseksual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.569909 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list