CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesin gol JDT, Bergson Da Silva sudah jadi rakyat Malaysia?

10-2-2025 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36904| Komen: 2|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-10 143756.png


KUALA LUMPUR: Tindakan mesin gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva meletakkan bendera Malaysia di profil Instagram miliknya mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Malah, terdapat peminat yang membuat spekulasi bahawa tindakan penyerang berusia 34 tahun itu seakan memberi bayangan bahawa dia sudah mendapat status sebagai pemain naturalisasi Harimau Malaya.

Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan rasmi sama ada pemain kelahiran Brazil itu sudah mendapat status pemain naturalisasi atau sebaliknya.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bahawa Bergson bersama tonggak Sri Pahang, Manuel Hidalgo antara calon naturalisasi Malaysia.

"Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi lima tahun di Malaysia," kata Tunku Mahkota Ismail.

Seandainya benar Bergson sudah mendapat status pemain naturalisasi, ia menjadi nilai tambah bagi skuad kebangsaan terutama Harimau Malaya sebelum ini dilihat berdepan masalah di bahagian serangan.

Malah, kehadirannya pasti menguatkan lagi skuad kendalian Peter Cklamovski yang ketika ini juga sedang dalam proses mendapatkan sentuhan beberapa pemain warisan dari luar negara.



Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 12-2-2025 08:30 AM
Undang2 negara boleh adjust ikut undang2 fifa ka, acik porum kata apa?...
Quote salimrock 12-2-2025 09:26 AM
teringat ada seorang warga Syria yg bila kawin orang Malaysia, dia dpt jd bangsa Melanau..

bergson mgkn boleh jd boyan , atau Jawa johor kot..

tukar nama jadi Masron Tamsi la

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.829674 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top