Operasi secara besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap lembu ternakan yang dibiarkan berkeliaran di Selangor bermula Mei ini. Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, kajian mendapati sebanyak 4,000 daripada 39,941 ekor lembuj dan kerbau didapati berkeliaran di semua daerah di negeri ini.
Katanya, isu ini mengancam nyawa dengan sebanyak 251 kes kemalangan direkodkan melibatkan lembu termasuk dua mangsa maut dan enam lagi parah di negeri ini pada tahun lalu. “Justeru, kita tidak akan berkompromi dan akan mula melaksanakan operasi berskala besar secara bersepadu pada Mei nanti. “Kita memahami keadaan penternak haiwan itu namun mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran ini, ” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini. Jelas Izham, sebagai contoh, penternak yang tiada kawasan tanah boleh membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
“Selain itu, mereka boleh menyewa tanah dengan pihak swasta untuk menempatkan lembu. Itu adalah tanggungjawab mereka dan bukannya kerajaan negeri,” jelasnya. Menurut Izham, pihaknya turut bersetuju dengan cadangan meminda Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 termasuk kaedah pelesenan lembu kerbau supaya dapat mengenalpasti pemilik lembu kerbau dengan menggunakan ‘tagging’ atau tanda pengenalan pada setiap lembu dan kerbau. Namun, kata Izham, tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan isu itu antaranya meneruskan operasi penguatkuasaan ke atas pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab. Sumber– KOSMO! ONLINE
|
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.
Purplehaz replied at 6-2-2025 11:34 PM
Lepas tangkap tu..lembu2 tu ditahan kat mana, atau terus dijual lelong ??, sape pulak nak jaga bg mk ...
nono86 replied at 7-2-2025 12:44 AM
Tangkap la.. sembelih dan masak, kemudian agih dekat orang2 susah
Purplehaz replied at 6-2-2025 11:34 PM
Lepas tangkap tu..lembu2 tu ditahan kat mana, atau terus dijual lelong ??, sape pulak nak jaga bg mk ...
Jitu replied at 7-2-2025 07:36 AM
kat tempat aku ni
masa dorang bt operasi ghaib terus lembu sekor pun takde
bila takde je operasi t ...
krustykrab replied at 6-2-2025 06:24 PM
Time tu kan dah nak dekat raya haji. Boleh la sembelih lembu2 tu buat korban. Dapat jugak daging ...
Decaffeinated replied at 6-2-2025 06:20 PM
Mungkin itu yang dikehendaki. By then masalah dah selesai, kurang sikit kerja. Lagi pun benda meli ...
ADVERTISEMENT