CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7525|Reply: 11

Operasi Besar-besaran Tangkap Lembu Mulai Mei Ini

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Operasi secara besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap lembu ternakan yang dibiarkan berkeliaran di Selangor bermula Mei ini.


Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, kajian mendapati sebanyak 4,000 daripada 39,941 ekor lembuj dan kerbau didapati berkeliaran di semua daerah di negeri ini.




Gambar hiasan




Katanya, isu ini mengancam nyawa dengan sebanyak 251 kes kemalangan direkodkan melibatkan lembu termasuk dua mangsa maut dan enam lagi parah di negeri ini pada tahun lalu.


“Justeru, kita tidak akan berkompromi dan akan mula melaksanakan operasi berskala besar secara bersepadu pada Mei nanti.


“Kita memahami keadaan penternak haiwan itu namun mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran ini, ” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.


Jelas Izham, sebagai contoh, penternak yang tiada kawasan tanah boleh membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).


“Selain itu, mereka boleh menyewa tanah dengan pihak swasta untuk menempatkan lembu. Itu adalah tanggungjawab mereka dan bukannya kerajaan negeri,” jelasnya.


Menurut Izham, pihaknya turut bersetuju dengan cadangan meminda Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 termasuk kaedah pelesenan lembu kerbau supaya dapat mengenalpasti pemilik lembu kerbau dengan menggunakan ‘tagging’ atau tanda pengenalan pada setiap lembu dan kerbau.


Namun, kata Izham, tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan isu itu antaranya meneruskan operasi penguatkuasaan ke atas pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab.




Sumber– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 05:41 PM | Show all posts
baru aritu lalu jalan dalam, kawasan Sepang Vocational College banyak lembu dengan kerbau berkeliaran...ermmmm malam2 tu macam manalah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:06 PM | Show all posts
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.

Aku percaya pada waktu tu (bulan Mei), semua lembu behave belaka duduk diam dalam ladang orang. Termasuk tuan lembu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.



Mungkin itu yang dikehendaki. By then masalah dah selesai, kurang sikit kerja. Lagi pun benda melibatkan gomen ni jarang yang boleh serta merta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
"tangkap itu limbu..kasi susah worang saja...kita rohingya pon tada ini macam kasi susah worang"-rohingya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.


Time tu kan dah nak dekat raya haji.  Boleh la sembelih lembu2 tu buat korban. Dapat jugak daging korban yg byk utk diagihkan dari biarknanusia yg terkorban.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tangkap tu..lembu2 tu ditahan kat mana, atau terus dijual lelong ??, sape pulak nak jaga bg mkn lembu2 beribu ekor tu nnti.
Ter concern plak..hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap la.. sembelih dan masak, kemudian agih dekat orang2 susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
“Kita memahami keadaan penternak haiwan itu namun mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran ini,"

Apa masalah penternak lembu? Kalau takde space jgn ternak. Kalau Ade space make sure pagar buat leklok jgn lepaskan utk lembu cari mkn sendiri.

Bln Mei tangkap pastu sembelih jela bagi pihak penternak yg tak layak ituh, pastu agih2 kan. Bio padan muka penternak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 05:28 AM | Show all posts
Edited by clueless_gamer at 7-2-2025 05:37 AM

COW FREEZE BRANDING METHOD 2025

Dulu kaedah dia guna besi panas untuk tekap, tapi sangatlah perit pada lembu, zaman skrg dah guna teknologi baru.. guna liquid nitrogen dry ice yg lagi sejuk dan tak melukakan kulit pun, cuma bulu rambut tu akan jadi putih dan jadi lebih jelas kelihatan..



aku nak cadang penternak ke jabatan veterinar ni pakai skin tagging mcm ni, tulislah no phone nama tuan dekat badan lembu tu..

kena buat undang2 baru, kalau lembu kerbau sesiapa yg takde tagging ni akan dianggap liar dan tak bertuan dan boleh diambil oleh vet dan dilelong.. barulah tuan dia terlolong

benda ni takde org buat lagi, so kalau sesiapa boleh buat start-up company yg boleh develop mobile tagging tool mmg boleh buat duit nanti


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 6-2-2025 11:34 PM
Lepas tangkap tu..lembu2 tu ditahan kat mana, atau terus dijual lelong ??, sape pulak nak jaga bg mk ...

Veterinar katanya ada kawasan sita yang luas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
nono86 replied at 7-2-2025 12:44 AM
Tangkap la.. sembelih dan masak, kemudian agih dekat orang2 susah

Takde orang susah kecuali pemalas....termasuk malas bayar zakat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048404 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list