CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Jatuh Dari Tingkat Tujuh Di Pusat Beli Belah Persiaran Gurney

5-2-2025 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29534| Komen: 20

Pelancong asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney, di Georgetown, hari ini.

Gambar kejadian itu yang membabitkan lelaki berusia 25 tahun itu turut tular di media sosial.



PELANCONG cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney, di sini, hari ini. FOTO Tular.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.55 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 1.54 petang dan mangsa adalah pelancong lelaki warga asing berusia 25 tahun.

"Lelaki terbabit dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tingkat tujuh bangunan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh ambulans dalam keadaan separuh sedar untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Abdul Rozak berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan di tempat kejadian.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.


Sumber- Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 5-2-2025 07:15 PM
Terjatuh ke terbunuh terdiri terdekkkkkkk????
Quote begg 5-2-2025 07:36 PM
Huk aloh.  Takut sangat orang pakai critical thinking.
Quote Freezies 5-2-2025 07:54 PM
Kesian,hajat tk tercapai.
Persoalannya,adakah bakalan cacat seumur hidup?
Quote slavehunter 5-2-2025 08:11 PM
Semalam pun ada news terjun suicide kat Sg wang plaza.  Cer tepek.
Quote akies 5-2-2025 08:23 PM
Takkan tetiba boleh jatuh?
Takde cctv berhampiran?
Quote Altheas 5-2-2025 08:33 PM
Pasni family buat crowd fund derma utk bawa balik & bayar bil spital
Quote jazaa100 5-2-2025 09:34 PM
pooh~key replied at 5-2-2025 07:15 PM
Terjatuh ke terbunuh terdiri terdekkkkkkk????

Terbunuh diri le tu.....

Bahasa sopan terjatuh.....
Quote sukacactus 5-2-2025 10:43 PM
Kalau tgk ke hiasan CNY tu, kejadian kat Gurney Plaza la ni
Try nak bunuh diri ke terjatuh betul2 ni
Quote AbukRokok 5-2-2025 11:51 PM
ter takpe tak sengaja
Quote Orix 5-2-2025 11:59 PM
Persoalannya mcm mn boleh terjatuh ? Selfie maut kt tgkat 7 ke ?
Quote cmf_jeangrey 6-2-2025 01:12 AM
Terfikir juga agaknya tgh berselfie..tp cantik sgt ke deco shopping mall tu sampai bergadai nyawa? Biasa diorg selfie atas bumbung burj khalifa atau tebing niagara falls
Quote Jitu 6-2-2025 01:25 AM
pergh hidup lg jatuh tinggi mcm tu
Quote ctaz 6-2-2025 09:05 AM
terbunuh diri ke..???
Quote tukul 6-2-2025 09:12 AM
Tengah buat content berjoget2 lompat2 ke ni...
Quote vanilacup 6-2-2025 09:17 AM
Selalunya akan ada beberapa kes dilaporkan ketika situasi full moon..
Samada kes2 terjun,pertikaman ahli keluarga atau kes gantung diri..
Dari dulu lagi perasan byk di highlight di surat khabar online...
Quote supernaturalee 6-2-2025 09:42 AM
mall ape tinggi sgt smpi 7 tgkt ni

Quote areyam 6-2-2025 10:01 AM
tinggi dah tingkat 7 tu... tak mati plak dia...
Quote pooh~key 7-2-2025 06:22 PM
jazaa100 replied at 5-2-2025 09:34 PM
Terbunuh diri le tu.....

Bahasa sopan terjatuh.....

Kannnn sissy…..
Quote nw111 7-2-2025 11:29 PM
Pelancong ke pelencong mainland yg tak reti nk balik tu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.045157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top