CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambah jejantas berbumbung

9-7-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2389| Komen: 5

KUALA LUMPUR - Pembinaan jejantas pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan bangunan di ibu kota, akan diperluaskan bagi keselamatan warga kota sekali gus memberi nilai tambah kepada pemilik bangunan berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kemudahan itu juga membolehkan orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa risiko melintas jalan raya yang sibuk.

Menurutnya, beberapa bangunan yang dihubungkan di pusat bandar terutamanya daripada stesen tren telah diwujudkan, dan kini ia akan ditambah dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas seterusnya menjamin keselamatan orang ramai daripada kes jenayah di jalanan seperti ragut.

“Kemudahan yang disediakan ini ternyata memberi manfaat kepada warga kota terutamanya di kawasan sibuk, di mana mereka boleh meletakkan kenderaan masing-masing di satu-satu tempat dan kemudiannya bergerak ke setiap bangunan menggunakan jejantas disediakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan jejantas pejalan kaki berbumbung, dari stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sultan Ismail ke stesen Monorel Medan Tuanku, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Mohd Ikhsan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Pengerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Tan Sri Ismail Adam; Ketua Eksekutif Pengangkutan Awam Bandar NKRA Prasarana, Datuk Ahmad Suhaili Idrus dan  Pengarah Urusan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar.

Pembinaan jejantas sepanjang 680 meter itu, dilaksanakan Prasarana membabitkan peruntukan kos sebanyak RM14.2 juta.

Mengulas berhubung aktiviti mengemis dan golongan gelandangan yang sering mengambil kesempatan dengan menjadikan jejantas sebagai lokasi kegemaran mereka, Tengku Adnan berkata, ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi di ibu kota.

“Pelbagai pendekatan dilaksanakan agensi bertanggungjawab dalam memastikan golongan ini tidak terus mencemarkan imej negara, termasuk membantu mendapatkan pekerjaan serta tindakan penguatkuasaan terhadap golongan warga asing,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata, pihaknya kini mencapai persepakatan bersama beberapa pihak termasuk CIMB pemilik bangunan IJM bagi mewujudkan jejantas di bangunan yang bukan membabitkan stesen tren.

“Terbaru kita akan membina jejantas antara pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama. Objektif penuh adalah mewujudkan jejantas antara Maju Junction, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kompleks Pertama, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menara DBKL sendiri secara berperingkat bagi memudahkan pergerakan orang ramai,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 9-7-2013 10:25 AM
jejantas adalah simbol bertapa komitednye kerajaan melindungi keselamatan rakyat..syabas dan beribu2 taniyah buat kerajaan tempatan...
Quote gaara_X 9-7-2013 10:29 AM
lepas nie...makin seronok mat pitt lepak atas bangunan plak...ahaks!!
Quote nuc 9-7-2013 10:30 AM
pakwetizzaqyah posted on 9-7-2013 10:25 AM
jejantas adalah simbol bertapa komitednye kerajaan melindungi keselamatan rakyat..syabas dan beribu2 ...

hehe...mntap punya sarcasm.....
Quote pakwetizzaqyah 9-7-2013 10:33 AM
nuc posted on 9-7-2013 10:30 AM
hehe...mntap punya sarcasm.....

jejantas pudu pun dah jadi tempat tidur homeless
Quote mieraAdriana 9-7-2013 10:36 AM
....
memang la untuk kebaikan jejantas nih ... tap tengok cam xder da lokasi 'lapang' nk wat jejantas tu ...
ade gak nanti dengor kes 'bergesel' ngn 'ketapi canggih' ni ....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.031230 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top