"Saya rasa harga itu bersesuaian dengan apa yang saya akan berikan." Pempengaruh, Cik Epal mendedahkan bahawa harga RM20,000 hingga RM100,000 yang ditetapkan untuknya mempromosikan produk di media sosial dan siaran langsung adalah benar.
Menurutnya, itu adalah harga yang sesuai kerana dia melakukan tugasnya untuk mengulas (review) dan mempromosikan produk dengan bersungguh-sungguh. "Kalau ada yang nak bayar, saya buat, dan saya akan buat sehabis baik. "Kalau sesiapa yang bekerja dengan saya, mereka akan tahu saya 'all out', awak bayar macam itu, awak akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda. "Saya bukan artis atau selebriti, tapi saya sebenarnya ahli perniagaan, jadi saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan saya, harga boleh bincang," katanya kepada Harian Metro. Tambah Cik Epal, harga itu juga dipersetujui beberapa syarikat dan jenama yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
"Sebab memang sebelum ini pun, orang bayar harga itu. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu sajalah. "Sebelum ini saya tak buka untuk ulasan produk sebab dulu saya berniaga, tapi bila nama saya sedang naik ini, saya ambil peluang ini tapi saya tahu nilai saya," katanya. Terdahulu, heboh di media sosial mengenai harga ulasan produk dan siaran langsung yang ditetapkan oleh Cik Epal sekiranya ada klien yang mahukannya mempromosikan produk mereka. Sumber- Harian Metro
|
Orion_Onion replied at 4-2-2025 02:12 PM
Dh renovet kena la up rege..katanya muka ibarat retis Korea..harktuik
Orion_Onion replied at 4-2-2025 02:12 PM
Dh renovet kena la up rege..katanya muka ibarat retis Korea..harktuik
SweetPeach replied at 4-2-2025 05:05 PM
kejap lagi kena serang dek pentaksub
NazRysha replied at 4-2-2025 04:48 PM
Korea celah bedahhh
prince_marhaen replied at 4-2-2025 09:19 AM
sebelum renovate
Orion_Onion replied at 7-2-2025 02:07 AM
Tgk dia senyum kat iv mstar bh ni..terus ingat ngai..sbb senyuman sama menyerungai..gusi penuh ter ...
tenggiripink replied at 11-2-2025 11:52 AM
hahaha tersembur i baca
betul lah ada rupa ngai hihihi
ADVERTISEMENT