Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering mendapat perhatian ramai terutama di media sosial. Keakraban mereka sangat jelas terpampang apabila sering memuat naik gambar dan video bersama sejak akhir-akhir ini. Terbaharu, Bella dan Syed sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat sedang makan bersama di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang berdurasi kurang 1 minit itu, Syed membantu Bella mengupas lauk udang yang menjadi juadah mereka. Biarpun video makan bersama, kemesraan Bella dan Syed sangat jelas apabila masing-masing tersenyum manis. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Ada juga yang mengkritik Bella dan Syed kerana terlalu mesra. “Too much minta perhatian orang. Boring scene,” kritik seorang netizen. “Sudah-sudah ler meluat aku tengok yang terpaling bercinta,” kritik netizen lain.“Annoying pula tengok diorang ni,” kritik netizen lain. Ada Yang Back-Up Namun, ramai juga yang tampil mempertahan dengan menyatakan video tersebut tiada masalah langsung.“Ok la tu. Diorang pun nak bahagia,” komen netizen lain. “Biar jela. Apa yang jijiknya?,” tulis netizen. “Diorang yang romantik, kau yang gelabah…jijik tak payah tengok lah,” komen netizen lagi. “Dia pun manusia biasa juga, layak bercinta layak rasa bahagia, bukan dia rebut laki orang atau bini orang,” komen netizen lagi. Terdahulu, netizen 'merestui' hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar dua figura itu bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras. Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu. Manakala, Syed Saddiq pula masih bujang. Sumber: Gempak
|
sharlenetexas replied at 3-2-2025 07:04 PM
Publisiti murahan.
Tunggu bila kena frenzone je.
riyadhK replied at 3-2-2025 11:38 PM
Ampunnn. Ingat main kopek bella.
anilanil replied at 4-2-2025 01:03 AM
Aiols rasa cam happydik tu yg nak mkn kepala udang si bella. Sedap nampaknya, gemuk-gemuk. Btw takya ...
gideoncross replied at 3-2-2025 08:07 PM
Mmg publicity pun, smua ni d buat kononnya nak tarik prhatian Aliff, spya Aliff brsuara tpi sorry ...
Hoola replied at 3-2-2025 08:20 PM
huntunglaaaa
tyg riding hood kt ank truna sorg
kupas udng by another taruna
KKkipas replied at 5-2-2025 07:52 AM
Aku syak Dik gula gula kak jenab untuk naikkan nama politik dia je.
Now kak jenab minion netizen b ...
ADVERTISEMENT