TIADA apa-apa yang akan berlaku Februari nanti.’ Itu respons pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira saat ditanya tentang spekulasi yang sedang bertiup kencang mengenai hubungannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Ezwan Zain. Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, akan melangsungkan majlis istimewa pada 7 Februari iaitu dua hari sebelum hari lahirnya. Saya difahamkan akan ada sesuatu yang bakal berlaku pada 7 Februari. Saya diasak dengan soalan tentang perkara itu oleh pelbagai pihak. Saya sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada 7 hari bulan. Saya ‘chill’ sahaja. Tiba-tiba kita dijentik dengan tarikh itu. “Mungkin disebabkan sebelum ini saya pernah membuat ucapan hari lahir kepada si dia. Jadi orang mula berfikir bahawa sesuatu akan terjadi pada hari lahir saya pula,” katanya ketika ditemui pada majlis kenduri Borak Seeni, di sini, semalam.
Ditanya adakah kini dia lebih terbuka untuk berkongsi tentang keakrabannya dengan Ezwan, kata pelakon filem Pasrah itu, dia tidak mahu terlalu terbuka atau terlalu berahsia. “Saya pun masih baru dalam fasa mengenali. Saya mahu mengekalkan cara saya iaitu tidak terlalu terbuka dan tidak juga mengongkong diri saya. Saya cuba buka pintu hati saya untuk mengenali seseorang. Tidaklah sampai tutup rapat. Tetapi saya pun tak sangka ucapan hari lahir yang saya buat dia (Ezwan) menjadi bualan ramai,” jelasnya.
|
AkokKocik replied at 27-1-2025 11:07 PM
Bukan haritu dah kena friendzone ke???
ADVERTISEMENT