CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4109|Reply: 10

‘Belum beritahu anak, masih dalam fasa mengenali’ - Erra Fazira

[Copy link]
Post time 27-1-2025 02:02 PM | Show all posts |Read mode





TIADA apa-apa yang akan berlaku Februari nanti.’


Itu respons pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira saat ditanya tentang spekulasi yang sedang bertiup kencang mengenai hubungannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Ezwan Zain.


Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, akan melangsungkan majlis istimewa pada 7 Februari iaitu dua hari sebelum hari lahirnya.


Saya difahamkan akan ada sesuatu yang bakal berlaku pada 7 Februari. Saya diasak dengan soalan tentang perkara itu oleh pelbagai pihak. Saya sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada 7 hari bulan. Saya ‘chill’ sahaja. Tiba-tiba kita dijentik dengan tarikh itu.


“Mungkin disebabkan sebelum ini saya pernah membuat ucapan hari lahir kepada si dia. Jadi orang mula berfikir bahawa sesuatu akan terjadi pada hari lahir saya pula,” katanya ketika ditemui pada majlis kenduri Borak Seeni, di sini, semalam.


Ditanya adakah kini dia lebih terbuka untuk berkongsi tentang keakrabannya dengan Ezwan, kata pelakon filem Pasrah itu, dia tidak mahu terlalu terbuka atau terlalu berahsia.


“Saya pun masih baru dalam fasa mengenali. Saya mahu mengekalkan cara saya iaitu tidak terlalu terbuka dan tidak juga mengongkong diri saya.


Saya cuba buka pintu hati saya untuk mengenali seseorang. Tidaklah sampai tutup rapat. Tetapi saya pun tak sangka ucapan hari lahir yang saya buat dia (Ezwan) menjadi bualan ramai,” jelasnya.


  



Tambah bekas ratu cantik Malaysia World 1992 itu lagi, dia sendiri belum pernah berbincang apa-apa dengan anaknya iaitu Engku Aleesya mengenai perkara ini.


“Saya tak pernah cakap apa-apa dengan anak mengenai hal ini. Dengan keluarga pun tak ada. Kerana macam saya katakan, perkenalan saya dan Ezwan masih di peringkat awal. Berilah peluang untuk kami mengenali hati budi terlebih dahulu,” ujarnya.  ‘


Ramai mendoakan kebahagiaan Erra bersama Ezwan dan ingin melihat mereka melangkah ke fasa seterusnya, kata pelantun lagu Hanya Di Mata itu dia terharu dengan segala doa daripada peminat.


“Allahuakbar. Amin. Alhamdulillah. Saya mohon doa yang baik-baik daripada semua. Saya pun tak tahu hala tuju saya. Tetapi apa sahaja yang terbaik yang Allah aturkan, saya terima dengan reda.


Pada usia saya yang sudah matang, adalah mustahil untuk saya menyembunyikan sesuatu yang baik.


“Sekurang-kurangnya saya ada teman bicara,” katanya mengakhiri perbualan.


  


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Takkan la anak dia x baca gossip ni? Tak bgtau, anak dia confirm tahu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak die speaking . Xbace tabloid malays
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok erra, we believe u. You gettin married then.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan haritu dah kena friendzone ke???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan haritu dah kena friendzone ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh
geli plak kerap news psl erra dgn abam damai dia ni
lex lex dh laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 02:57 PM | Show all posts
Damaged control
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 27-1-2025 11:07 PM
Bukan haritu dah kena friendzone ke???

Ntah la. Aku nmpk mcm erra pulak yg terhegeh2 sekarang ni. Belah sana mcm xteruja pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
All da best kak ratu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
All da best kak ratu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.132708 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list